Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, April 28, 2011
Kenangan Pertama kali bersalin Part 2
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, April 27, 2011
Kenangan Pertama kali bersalin Part 1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, April 26, 2011
Puteri KAMI
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, April 23, 2011
Dah bersalin?!?!#
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, April 18, 2011
Dah ada tanda awal bersalin Part 1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, April 15, 2011
Antenatal check up kali ke 9
Semalam pegi klinik untuk check up antenatal kali ke 9.. nak review pasal check semalam secara detail rasa malas ler pulak.. so kita tengok tang berat badan la yer...
haishh berat acik dah naik sekilo lagi ok! daripada 76.2 kg kepada 76.6 kg! bersamaan dengan 77 kg yer kawan2
cepat jer naik kan.. lagi tak beranak lagi tu la berat naik mencanak.. makan pon asyik berselera jer.. mendengar denyutan jantung bobo terasa seronok sangatttt... dup dap dup dappp... zasttt zastttt.. weeee
nurse pon cakap yang perut aku dah turun.. tak lama dah nak bersalin...
alhamdulillah secara keseluruhan mama sihat.. bobo pon sihat..
semoga kami berdua sihat sampai lah hari nak bersalin nanti yer...
aminnnn
Thursday, April 14, 2011
Ehemmm..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, April 13, 2011
Persiapan untuk mama bobo
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, April 12, 2011
Persiapan untuk Bobo
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, April 11, 2011
Kaki bengkak semasa hamil?
- 4. Rendam kaki dalam air sejuk.
- 5. Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
- 6.Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
- 7. Minum air secukupnya.
- 8.Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
- 9. Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
- 10.Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
- 11. Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
- sumber: ratuhati.com
Saya dah 38 minggu :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, April 8, 2011
Terima kasih sayang
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Antenatal check up kali ke 8
Ye Pn Amiys semalam saya pegi check up kat klinik kesihatan seksyen 7, shah alam.. waaa tak sangka ada blogger yang perasan saya..uhuhu terharu.. alaaa nape tak tegur kite? at least ada la kawan nak borak kang time menunggu turn.. ok tak pe nanti minggu depan ari khamis kalo jumpe sila tegur saya yer.. :)
Oh ye semalam adalah check up yang ke 8.. weee dah 8 kali tau pegi balik klinik tu tak termasuk pegi amek berat lagi.. kalo ikutkan dah berbelas kali rasanya pegi klinik tu..
hurm macam biasa info terkini perkembangan mama dan bobo setakat ini..
LK/LR : N
GULA : B
TEKANAN DARAH : 114/69 (minggu lepas > 115/67)
BERAT BADAN : 76.2 kg (minggu lepas> 74.5 kg) >> berat naik lagi sekilo! hebatt
TEMPOH HAMIL: 37+1 minggu (minggu lepas > 36)
TINGGI RAHIM: 37sm (minggu lepas > 38 sm) >> eh dah turun laa..nak bersalin dah per?
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: 158
GERAK: +
nurse pesan kalo dah ada tanda2 bersalin tu sila ke hospital dengan segera.. carta pergerakkan anak continue sampai la bersalin.. ubat jangan lupa makan.. tu saje.. continue check up kali ke 9 pada 14 april nanti kalo masih belum bersalin jugak..
agak2 bile aku bersalin yer? saspen gak nie... menghitung hari la katakan :)
doakan kami berdua selamat yer korang...
muaahhh untuk korang taw! hihi
Thursday, April 7, 2011
Ingin ketahui tanda-tanda nak bersalin?
Semakin menghampiri saat2 bersalin semakin rajin aku menggugel maklumat.. nak tahu info punye pasal.. kene selalu banyak membaca..
Sekarang dah masuk minggu ke 37.. bila-bila masa dah boleh meletoppp so kat bawah nie ada sedikit info yang sempat aku gugel tadi.. mari kawan2 kita sama2 berkongsi maklumat..
credit to:http://portal.alamhamil.com
Tanda-tanda bersalin
Bersedia untuk kelahiran
Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
- Menghadiri kelas antenatal
- Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
- Tonton video kelahiran
- Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.
Tanda-tanda hendak bersalin
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.psstttt: kalo korang ada lebih daripada nie bolehlah maklumkan pada aku yer.. TQVM
Wednesday, April 6, 2011
Bengkel kat Pj
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, April 4, 2011
Jumpa doktor pakar
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, April 1, 2011
Antenatal check up kali ke 7 = 9 Bulan
Semalam adalah check up yang ke 7 yer kawan-kawan.. aku amek appointment waktu petang iaitu pukul 3. Kali nie tak ramai sangat orang buleh la.. banyak lagi kerusi kosong.. cuma parking jer tak de so aku terpaksa park kat tepi2 divider jalan tu..
LK/LR : N
GULA : B
TEKANAN DARAH : 115/67 (minggu lepas > 119/60)
BERAT BADAN : 74.5 kg (minggu lepas> 74.5 kg) >> berat menten der!
TEMPOH HAMIL: 36 minggu (minggu lepas > 35+3)
TINGGI RAHIM: 38 sm (minggu lepas > 36 sm) >> kejap jer dah panjang 2sm kan?
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: +
GERAK: +
begitulah dia resultnya.. berat tak naik menten jer.. tinggi rahim yang naik 2sm.. patutlah peyut makin besor.. erm pastu kene jumpa dengan doktor.. doktor cek jantung bobo semuanya ok.. then check jantung mama bobo pulak.. ada bad new la uols.. sampai 2 orang doktor check jantung aku.. dua2 doktor tu tak berani nak confirm apa2.. dorang kata jantung aku ada masalah cket.. denyutan terlampau laju.. so dorang mintak aku datang klinik isnin depan untuk refer dengan doktor pakar.. weeee saspen weh! aku rasa aku sihat2 jer.. cuma sejak 2,3 hari nie aku dijangkiti selsema.. mungkin sebab tula pernafasan aku jadik tak betul cket.. hurmmm dalam pada tu aku riso jugak kalo ada apa2 penyakit lain ker nanti..
korang tolong doakan untuk aku yer.. aku berharap sangat aku sihat dan dapat lahirkan bobo dengan selamat...
"Ya Allah ya tuhanku hanyalah kaulah tempat aku memohon pertolongan...jauhilah aku dan anakku ini daripada sebarang penyakit..."
aminnn...