Wednesday, October 22, 2014

Cinch Shake Mix Shaklee : Inch loss otot kekal

Assalammualaikum wbt & salam ceria!

Siapa kat sini yang sedang berdiet atau nak berdiet? Haa meh sini saya nak share pasal berkenaan cinch yang Inshaa Allah dapat bantu menguruskan badan dengan cepat. Dengan syarat anda kena amalkan diet yang sihat lah... kalau makanan yang masuk ke badan lebih daripada diet memang tak jadi jugak diet anda tuh. Baiklah moh kita teruskan.

Apakah perbezaan Cinch Mix Shaklee?


Setiap kali anda minum Cinch, anda akan mendapat 24 gram protien, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. (dicadangkan diambil bersama 1 sudu ESP- energizing soy protien) Ini penting kerana protien digunakan untuk membina otot. Otot akan menaikkan  kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Untuk pengetahuan anda, makanan yang kaya dengan protien juga boleh menahan rasa lapar, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu malam. Leucine  merupakan nutrisi penting yang terdapat di dalam cinch untuk keperluan tubuh kita. Jadi sangat eloklah diambil pada waktu malam bagi menggantikan dinner anda.


Cinch dalam 3 pilihan  iaitu coklat, vanila dan cafe latte

Faedah utama cinch:



- Penurunan indeks glisemik kepada 22, sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

-  Campuran esklusif protien dipertingkatkan dengan leucine - asid amino

- Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan

- 24 gram protien setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang

- Ianya tinggi kandungan serat - 6 gram serat setiap hidangan

- Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga

- Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting

- Penggunaan soya bebas GMO

- Paling penting tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.


Ujian Klinikal ke atas Formula Leucine


Menurut kajian, Saintis Shaklee menguji formula prorietari yang dipertingkatkan dengan leucine. Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat di dalam protien tertentu. Program ini yang dipertingkatkan pemakanan leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass). Terbukti mereka yang menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inchi dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka.

Ini bermakna cinch boleh menjadikan inch loss dalam masa yang sama mengekalkan otot! Tidak la menggeleber sana sini bila dah kurus nanti kan... Otot kekal badan kurus! eh tak nak ker?



Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
COD area Shah Alam, Puchong, Kota Kemuning, Sri Muda, Kajang, Parit Buntar
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Tuesday, October 21, 2014

Daging korban

Assalamualaikum wbt semua!
Alkisahnya raya haji saya kan tak balik beraya ke rumah mertua. Kalau ikut turn dekat rumah mertua di kajang tapi oleh kerana sara plak kena chicken pox maka kami masing2 tak balik. Risau berjangkit adik2 dan anak buah.
Memandangkan kami tak balik ada lah sorang jiran saya yang baik hati lagi prihatin berikan kami daging korban.  Ya Allah gembiranya saya sebab memang mengidam sangat nak makan daging fresh you! haha.. terima kasih jiranku.. dah 2 tahun berturut dia bagi iols daging korban tau.
Dah dapat daging tuh tak reti2 nak masak?? haa dapat je daging ritu saya terus masak asam pedas daging... ya ampun sedap bangat! first try buat daging biasanya ikan... eh sedap la pulok hehe #perasansendiri  tiru resepi mak mertua buat pekat2 gitu. Kemudian minggu depannya buat sup gear box pulak... haa kau! amek...sedap tak sedap belasah hehe...
Dan tadi... setelah sekian lama berehat dari makan daging saya gagahkan diri buat rendang.. jangan percaya sangat yang saya siapkan segala mak nenek ramuan rendang tuh mana nak carik bahan. Pakai perencah adabi.. adabi melazatkan... adabi menyelerakan haa nyanyi sekali ko.
Selesai abes semua daging korban ku masak sebelum deepavali esok eh...tetiba sangat kan hehe..
Nak order shaklee macam biasa contact saya di 012 - 5417451
Selamat bercuti esok!!!

Advanced Joint Health bagus untuk pulihkan sendi

Assalamualaikum wbt & salam ceria!
Baru-baru nie mak mertua saya ada mengadu yang dia sakit sendi kaki. Sebelum nie saya dah beri dia ostematrik nampaknya saya kena beri dia Advanced Joint Health supaya kaki mak saya akan sembuh daripada sakit sendi.
Apa itu Advanced Joint Health?
Advanced Joint Health mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi didalam jangkamasa seawal 5+ hari.
Bagaimana Advanced  Joint Health dapat membantu bagi mengurangkan sakit sendi?
- Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
-Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,  bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
- Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan.
- Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
- Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
- Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Berikut adalah manfaat Advanced Joint Health.
- Meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari.
- Keselesaan sendi hampi 28% lebih cepat.
- 45% lebih berkesan meningkatkan keselesaan sendiri.
Apakah ciri-ciri Advanced Joint Health?
- bebas kekerang
- vegetarian
- bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik.
- hanya 2 tablet sehari
- paling penting tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet.
- Ianya bebas gluten.
Ingin dapatkannya? sila hubungi saya...
ila kamilah
012 - 5417451
your shaklee independent distributor!
Sendi sembuh dalam masa 5 hari

Monday, October 20, 2014

Resepi Cheesekut senang nak buat

Assalamualaikum semua!
Hai malam nie saya nak bagi resepi cheesekut yang terpaling senang di dunia baq hang! senang sangat uols... boleh la cuba buat untuk family anda.
Bahan-bahannya....
1. 1 bungkus Biskut hup seng/jenama yang anda suka.
2. 1 kotak susu full cream.
3. 1 batang Cheese tantura saiz sederhana
4. Separuh tin susu pekat manis
5. Quick oat/milo
Cara-caranya...
1. Pukul cheese dan susu pekat manis sehingga sebati menggunakan mixer (lagi cepat kembang)
2. Celupkan biskut ke dalam semangkuk susu full cream dan masukkan ke dalam loyang/bekas.
3. Susun rapat sehingga menutupi ruang loyang/bekas.
4. Sapukan cheese tantura yang telah kembang secara rata ke atas biskut.
5. Kemudian ulangi proses ke 2.
6. Ulang sehingga habis biskut dan dilapisan terakhir sapu cheese serta taburkan quick oat/milo.
7. Sejukkan di dalam peti ais.
8. Sedia untuk dihidangkan.
Amacam senang tak uols???
Ok selamat mencuba!!! :) dah buat nanti jangan lupa tag saya ya

Herbal Blend Shaklee Cream memang ajaib


Assalammualaikum wbt dan salam ceria semua!
Best sangat ker herbal blend cream tu sampai setiap rumah wajib kena ada??? Haaa nie lah nak cerita nie... tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nanti wajib cinta berganda-ganda ecewahhhh

Apakah dia Herbal Blend Cream nie?

 

Losyen tangan
Cream ajaib pilihan saya seisi keluarga

Herbal blend cream adalah sejenis cream multipurpose. Krin yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat "melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki". Ianya sejenis cream yang tidak berminyak, dingin dan bermentol. Ianya diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. 

Siapa yang patut guna herbal blend cream nie?


Baiklah sebenarnya cream nie sesuai sangat untuk seisi keluarga. Sebagai contoh, anak anda mengalami perut kembung. Sapukan sahaja cream nie pada perut anak anda Inshaa Allah tak lama lepas tu perut anak anda akan pulih seperti biasa. Saya selalu sapu pada Esya dan Sara kalau perut kembung. Sapu dan urut sikit dah lega. Alhamdulillah mak pon gembira.

Bila kita mengalami ruam atau gatal2 badan pon boleh sapukan cream nih. Baru-baru nie anak saya sara kena chicken pox. Habis satu badan memang gatal lah kan. Sapu aje sehari 2 kali iaitu siang dan malam Inshaa Allah cepat sembuh parut chicken pox tu nanti.

Saya sendiri mengalami masalah tumit merekah dan pecah-pecah. Malunya dekat hubby. Alhamdulillah semenjak saya berkenalan dengan herbal blend cream ianya sangat membantu saya. Sapukan di kaki setiap malam Inshaa Allah tumit sudah tidak mereka lagi. Best sangat!

Ini testimoni saya sendiri menggunakan herbal blend cream ajaib nie. Memang puas hati sebab tu saya nak share dengan korang diluar sana.

Pada pendapat saya, bagi bakal ibu diluar sana bolehlah  memasukkan herbal blend nie dalam senarai check list keperluan berpantang anda. Ia boleh digunakan untuk bayi yang kembung dan anda boleh juga jadikan ia sebagai losyen harian.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
COD area Shah Alam, Puchong, Kota Kemuning, Sri Muda, Kajang, Parit Buntar
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop



 
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site