Tuesday, May 20, 2014

Herb-lax shaklee untuk detox


Entry kali nie saya nak cerita pasal herbalax. Sebenarnya baru 4 kali telan herbalax uolss.. haha exsaited ko nak cerita kan. Oklah mai saya kenalkan dulu apa benda herbalax nih.
 


Herbalax lebih dikenali sebagai detox. Kalau dah terover makan tuh boleh la telan herbalax cepat2. Apa itu detox?

"Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum."



Kali pertama telan herbalax nie saya blom rasa perubahan apa2 pon. Tetapi selepas pengambilan kali ke tiga tu diaaa habaq hang! dia punya detox hahaha... lega membuang. Rasa macam habis semua telah dibuang dengan jayanya. 
Saya amalkan 2 hari sekali. Telan 4 biji sebelum tido. Esok pagi2 tu dah memerut. Sangat sesuai untuk yang berada di dalam pantang. Kan susah nak membuang. Yang nak kuruskan padan nak kempiskan perut dialu-alukan.
Sekarang saya tak rasa risau lagi. Makan jer apa yang nak dimakan tapi sebelum tido wajib telan herbalax. Kalau rasa nak tau macam mana penangan herbalax anda patut cuba satu. Insyaallah masalah sembelit anda dapat diatasi.

Mari kita baca testimoni dibawah:-


"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam..."
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"


Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen



Pertanyaan & konsultasi berkaitan produk boleh hubungi saya:-
ila kamilah
012-5417451

-Your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam, Selangor-

Friday, May 2, 2014

Mealshakes untuk anak-anak saya..terbaik!


 Assalammualaikum semua....

Selamat datang Mei... Selamat datang Rejab!

Yer rasa sekejap masa berlalu meninggalkan kita.. tup tup dah menghampiri setengah tahun... ini tak boleh jadi! Semakin kita leka semakin kita akan ditinggalkan ke belakang.. ok saya nak bangkit dari tido yang lena.. saya nak keluar dari zon selesa... fuh fuh fuh semangat!!!

Ahaaa itu selingan... ni nak habaq mai kat semua... pasal meal shakes. Anda pernah dengar atau terbaca pasal mealshakes??? ok nie saya kopikan daripada web shaklee. Sila baca sat sebelum saya terangkan lebih lanjut.. eh nak bersaya pulak lah... lebih sopan gitu :)



Meal Shakes
A delicious, nutritious, convenient meal the whole family will love:
•    A nutritious instant breakfast
•    A delicious, inexpensive meal in a hurry
•    An instant meal for athletes
•    A delectable snack any time of day
•    An ideal meal low in cholesterol, fat and sodium.

Shaklee Meal Shakes is a source of protein with added vitamins and minerals. It provides balanced proportions of each of the nine amino acids that are essential for your body, and therefore must be present in the diet for proper growth and maintenance.  In fact, Shaklee Meal Shakes contains all the amino acids naturally present in protein including the essential and non-essential amino acids.

KENAPA Mealshakes penting untuk ANDA???


Saya dah start bagi meal shakes pada anak sulung saya semasa berusia 2 tahun lagi. Pada mulanya susah juga dia nak terima. Maklumlah peminat susu dugro tegar selepas susu mama dia. Tapi ku cuba juga beri dia. Alahmadulillah perlahan-lahan dia boleh terima. Sebab rasa vanilla mealshakes tu memang buat budak tak boleh tolak. Saya sendiri pon tak boleh tolak wooo... sedap sangat!

Tak percaya? hai la cuba pasti tak rugi.. pelaburan yang baik untuk kesihatan anak-anak kot. Dulu Esya badan kurus, lembik now dah nampak tegap. Maklumlah makan pon dah berselera kan. Demam pon dah jarang. Tiada sembelit. Tiada parut (dulu pernah kene campak).

Insyaallah akan diteruskan. Benda yang baik patut diteruskan ye tak? Tak kan dengan anak pon nak berkira. Setin untuk 2 orang anak boleh bertahan selama 2 bulan.. ohoo jimatnya. Campur dengan susu dorang pasti suka.

Sara: Eh apasal kakak aku nie bambam sangat ar?

Anak sihat ibu gembira.. tak gitu? saya nie bukan apa.. apa yang terbaik untuk anak insyaallah akan cuba diberikan. Mana larat tengok anak demam tiap-tiap bulan. Kalau meal shakes dapat bantu apalah salahnya kita beri.

Antara vitamin yang terkandung dalam mealshakes adalah...

Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc..

Sekian...

ikhlas daripada,
mama yang comel :)

-Your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam, Selangor-






Friday, April 11, 2014

Kami dan props for photobooth

 Haaaluuuuuuuuuuuuuuuu semua!

Masih ingatkan kalian pada diri... jivebumz a.k.a kak kem.. dah lama gilaa menyepikan diri gitu. Dulu bukan main tegar ko ya... ahhhh biasalah itu semua faktor usia.. doakan saya kan kembali aktif ya! hehe

Ok hari nie dekat opis saya ada buat makan2 sket sempena besday staf bulan januari, februari dan juga mac. Celebrate sekali harung katakan. Dan kami di unit ict ditugaskan untuk membuat kejutan kepada staff

Apa yang kami buat yelah order kek yang sedap2 dan buat props untuk dorang berselfie. Sekarang kan trend sangat #selfie tu kan sebab tu kitorang buat props nih. Banyak gilerr boleh buat sewa kot lepas event nih. Sapa nak pinjam 2 singgit na... haha lawak jaa


 Teamwork saya... #selfie bersama #monopod

Monopod nih budak opis saya jual.. so pinjam la kejap kan.. hehe bukan beli tapi pinjam... heee teruk betul kan?

 
 Semalam memang tak buat keja pon sebab nak settlekan program pagi nie... nampak macam simple tapi macam nie lah kitorang... buat keja adhoc manjang.. mak ok jer.. suka la daripada dok stress pk kan keja tak siap baik kita hepi2 gitu. Betui tak??

 Lebih nak menunjuk kepada gambar sebenarnya... haha layankan ajelah yer...



 ini gambar pagi nie... yang atas tu semua gambar semalam dan kemarin...hepi dapat tengok staff semua sebok nak #selfie hahaha
  my bos yang pegang kertas keep calm & love pink tu! dia punya idea lah semua nie.. pink lover bos i tu!

Ok yang ini kembar saya... ramai cakap kitorang nie adik beradik... nampak sama tag mana pon tak tau.. layankan ajelah yer

dah habis gambar untuk hari ini... sekian...

Thursday, March 13, 2014

Lets #PrayforMH370

Assalammualaikum wbt semua....

Dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. Tiba-tiba hilang begitu saja. Ya Allah begitu besar ujian Mu...

Semoga semua ahli keluarga yang terlibat tabah menghadapi segala. Walau pun saya bukan dikalangan ahli keluarga yang terlibat tapi sedikit sebanyak ianya menganggu emosi. Boleh terbayang macam mana keadaan mereka ketika ini.

Inilah masanya untuk kita semua mendekatkan diri denganNya. Jangan angkuh jangan sombong. Kembalilah padaNya.. mudah-mudahan dengan kasih sayang Allah swt dapat kita jumpai pesawat tersebut.

Aminnn

Monday, February 24, 2014

Anak buah baru kitew :)

Kenalkan anak buah baru kitew nie omei angat tau! Baru keluar daripada oven mamanya pada 20 Feb 2014 Jam 10.30 malam. Di beri nama Muhammad Adam Khalish. Khalish tu nama yang aku dok mengidam nak bagi dekat bakal anak lelaki aku nanti huhuhu melepas.

Tak apalah kita cari nama lain lah nanti kan... ntah bila nak beranak lagi ntah.. tunggu esya sara besor skit lah... kang kelam kabut aku dibuatnya.

Adam nie anak kepada adik lelaki aku kat kampung. Lepas nie Adam jadi peneman toknah yer sayang. Cucu yang ke 5 dalam keluarga kami. Aku dua, adik yat dua. Wah cepat sungguh mak aku dapat 5 orang cucu. Sekelip mata plak rasa dalam tempoh 3 tahun nie. Kalaulah arwah ayah ada mesti dia pon tumpang gembira kan.



Semoga Adam membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh. Berbakti kepada ibu dan ayah. Jaga toknah baik2... sayang semua orang seadanya... tunggu nanti maklong balik yer nak cium Adam puas2.


Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site