Monday, July 1, 2013

Anniversary kami yang ke 3

Assalammualaikum korangggg... hai masih kenal saya lagi ke??? hahahaha dah berjanggut kot tak update... bila start tak update sehari masuk hari kedua kemain malas lagi... nak bukak laptop kat umah tu jangan harap la dapat.. semuanya esya dah konker.. laptop kat umah tu khas untuk bukak upin dan ipin si esya pfttttttt

Kat opis macam biasa la bizi manjang.. tak kan time keje ko nak ngupdate belog pulak.. sengaja carik nahas latu...ampun...

Ok sekarang time rehat... malas nak keluar kirim aje kat member.. so marilah kita clearkan sawang2 nie hahaha

26 Jun 2010 to 26 Jun 2013 genap perkahwinan kami yang ke 3 tahun. Syukur alhamdulillah... pahit manis suka duka rajuk tawa kami berjaya hadapi bersama... biasalah tu adatkan.. dikurniakan 2 orang puteri dalam tempoh 3 tahun.. ko mampu?? hahaha setahun sekali branak? tahun nie off yer.. saya mau berehat seketika.. nak besorkan 2 orang puteri nie dulu.. tapi kalo tetiba aku ngandung plak korang jangan ler terkejut pulak.. dah itu memang ditakdirkan aku terima aje... Allah nak bagi rezeki hahaha


Kami berempat... kejap jer kan.. ghasa macam baru kawen kot! hehe

Seronok bila ada anak2 nie... pening ada jugak.. haha biasala time anak2 buat hal.. mak pak pon pening kepala.. apa-apa pun ini semua pengalaman berharga dan perlu dilalui oleh semua orang yang berkeluarga.. mak ayah kita dulu pon macam nie jugak ken

Ok apa yang aku dok merepek nie.. yang sebenarnya nak ucapkan hepi anniversary to me n hubby... semoga ikatan kasih kita berkekalan hingga ke syurga..love you more n more n more muaahhhh!

Jom celebrate 3rd anni.... :)

Friday, April 19, 2013

Esya turn to two

19 April 2013 genap Qalesya Irdina 2 tahun. Sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar kakak dah besar. Semoga kakak menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Jadi kakak yang baik kepada adik dan jadi anak yg solehah utk mama dan babah..Insyaallah

Mama dan babah love kakak very2 much!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 16, 2013

Cow's Milk Protein Allergy (CMPA) ???

Apa itu CMPA??? hehehehe

Ok ini adalah blogger event pertama yang aku join.. terima kasih janet sebab jemput i melalui emel.. Walaupun aku nie blogger yang tak dikenali tetapi aku rasa happy sangat sebab ada yang sudi jemput aku ke program sebegini :) luv u lah! haha


Ok pertama sekali meh aku ceritakan serba sedikit berkenaan CMPA iaitu short form kepada Cow's Milk Protein Allergy. CMPA nie adalah alahan makanan yang dialami oleh bayi. Susu adalah alahan makanan yang paling lazim bagi bayi di seluruh dunia. Sesetengah baby dia ada alahan dengan susu lembu. Ada setengah baby tak boleh langsung minum susu lembu so dia kena minum susu ibu tak pun susu soya haa begitu.

Menurut Dr Chai Pei Fan, Biasanya simpon CMPA nie berlaku beberapa minit selepas baby minum susu. Ia bermula dengan keradangan kulit (dry skin, rash, skin itch swelling of lips or eyes), masalah penghadaman di mana baby mendapat sembelit dan keradangan yang sangat teruk iaitu anafilaksis.

Salah satu cara untuk menangani CMPA ialah dengan menyusukan anak dengan susu ibu. Ianya dapat menghalang baby daripada alahan. Menyusu baby secara exsklusif sehingga 6 bulan. Sekiranya mampu teruskan lah sehingga 2 tahun. Begitu.. opss pesal ayat aku skema sangat nih!

Kalau tak mampu nak BF baby tersebut bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Dr Chai nie kelako jugak orangnya.. dia kata kalo baby anda mengalami CMPA teruslah berjumpa dengan dia..dia ada ubatnya hehe..

Sepanjang program berlansung babah pegang sara.. mama pegang esya.. masing2 ada henbeg ko.. oh ye event nie di adakan di The Gardens Hotel & Residences, Mid Valley City.. sebelah mid valley tu aje.. jalan punyalah jem sepanjang nak ke sana dan aku adalah orang ke dua terakhir yang sampai lewat sobsobsob... memalukan betul lah.. nie semua salah jalan jem tau! mencik..aku dah gerak awak kot jam 6 suku uhukuhuk

Mujurlah anak2 tak buat hal... hai risau jugak aku kot2 dorang menangis ke apa ke kan...fuhhh lega sangat3 sehingga selesai program depa dua diam aje.. berkepit ngan mama babah tak lepas.. budak2 lain kat situ dah ke sana ke mari turun naik pentas bagai.. haii nasib lah dapat anak pemalu gini huhuhu


Abis program haruslah bergambar kejap kennn.. aiyok perut mama buncit lagi..acaner nak buat nie? help..help...

gambar dari ipad..kurang jelas...di manakah daku???

ramai jugak blogger jemputan nie.. sayangnya sorang pon aku tak kenal.. tapi aku adalah tegur2 dorang nie.. mana yang bagi name cad tu boleh lah aku carik blog dia mana yang tak bagi tu sorry memang aku tak ingat dah nama blog memasing huhu sebab urat putus banyak sangat time meneran ritu...tak ingat daa!
bergambar ramai-ramai.. credit tu janet coz give me this  two picture.. tqvm dear..



panjang umur ada rezeki kita berjumpa lagi yer... harap2 lepas nie ada rezeki lagi untuk join program macam ni kan kan kan :)

Gambar terakhir sebelum masuk dalam kereta.. perut dah kenyang..ilmu dah dapat so marilah kita pulang... best dapat join dorang semoga ini bukanlah kali pertama dan terakhir untuk aku berblogger.. walaupon hangat2 taik ayam blog ku ini akan ku usahakan untuk mengupdate jugak hahahaha

Thursday, April 11, 2013

Berbengkel di Concorde Shah Alam

Minggu nie pack betul... isnin miting kt putrajaya gantikan bos. Selasa plak join blogger event kat The Garden hotel, Mid valley. Rabu sampai jumaat berbengkel di Concorde Hotel Shah Alam. Mujur buat bengkel kat sini dapatlah aku berulang alik ke rumah. Cer kalo buat luar daripada Selangor memang hazab la nk ulang alik hurmmmm. Yang pasal blogger event tu nanti ku story k. First time kot aku join event2 camtu... dapat ler pengalaman baru..best sangat3 :) Eh aku sekarang ada kat concorde nih atas katil tengah baring2... best..sejukkkk haha... update blog pakai ipad memangbtak feel weh!!! mana tah button space bar nih?? tak jumpa...huhu. Oh lantak ler... Tengah hari tadi aku balik umah kejap.. Bawa Esya ngan Sara g klinik. Dua2 demam... esya suhunya 38 darjah celsius adiknya 36 darjah celsius. Pastu anto diorang balik umah bsndan sambung bengkel sebelah petangnya.. kira jadi supermak lah arinie..lebih kurang.. malas nak susahkan suami yg keje di kl sana. Susah hati weh bila anak2 tak sihat nie maknya pulak ada tugas penting... harapnya anak2 cepat sembuh dan sihat seperti biasa lepas makan ubat nanti. Aku tak tido hotel malam kang balik umah ler lepas abes bengkel.. ingat nak cuti aje tapi bila nengok dorang dah sihat sikit tadi aku sambung la bengkel. Dalam hati hanya tuhan saja yang tau semoga Allah lindungi anak2 ku...

Monday, April 8, 2013

Hidup perlukan motivasi

Assalammualaikum semua kawan-kawan tersayang.. sudah lama rasanya aku tak mengupdate. Bukan kerana malas tapi kerana bz yang teramat.. mengalahkan PM gayanya...huh nak curi masa pon tak dapat tau mencikkk... berderet kursus dan juga mesorat.. isnin dan selasa lepas terlibat dengan kursus motivasi pembentukan pekerja cemerlang.. subhanallah best sangat kursus tu! dah lama gila tak pegi kursus motivasi ko. Sekali dapat peluang macam tu memang best dan enjoy sangat2. Kursus nie lebih kepada team work. Buat kerja bersama-sama dalam kumpulan pastu bentang sama-sama dan gelak sama-sama. Kursus nie memang keja gelak aje sebab instructor tu jenis yang kelako tak kering gusi bila dengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Selain daripada gelak2 tu banyak jugaklah input yang aku dapat. Insyaallah ianya sangat3 berguna untuk jalani kehidupan seharian di rumah dan di pejabat. Harapnye aku akan lebih bersemangat bekerja lepas nie dan perbaiki kehidupan sekarang supaya lebih cemerlang dunia akhirat... Insyaallah semoga Allah permudahkan segalanya..



Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site