Friday, March 1, 2013

Huggies Dry Pants Campaign Roadshow

Siapa ada baby mesti guna pampers kan? Setiap bulan mesti ada peruntukkan untuk beli pampers anak-anak.. tu belum masuk beli susu lagi.. 2 perkara yang wajib dibeli aku rasa. Begitu juga dengan kami. Kalau dapat tau ada promosi pampers harga murahhhh laju je pegi beli tau! hehehe

Korang pernah dengar pasal Huggies? Haa nie nak habaq mai..


 

Mengenai Huggies®
Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia



Mengenai Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin! 


Baiklah... korang nak tau Huggies kan ada buat roadshow
“Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” yang bakal diadakan dari 25 Februari 2013 sehingga 3 Mac 2013 di Mydin USJ. Wah macam best jer kan.. mesti ada event yang menariks kat sana kan.. haa rugi woo sape tak join!
  

Pelbagai hiburan untuk seisi keluarga ada disediakan disana. Antaranya ada...
  • persembahan
  • promosi hebat (mesti harga pampers murah3)
  • hadiah percuma (sape tak nak wei? percumaaa tu! hehe)
  • permainan
  • pertunjukkan silap mata
  • dan pelbagai aktiviti menarik

Wahhh mesti ajak en bob pergi nie... sebab tak pernah kot join aktiviti fun macam nie nak2 pulak bawak anak2 mesti best giler kan.. hurmmm harap2 En Bob tak kene keja ahad nie. Kalo tak menangis aku nak bawak anak2 pegi sendiri tsk tsk tsk

Korang kalau pergi singgahlah di booth Huggies untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan boleh rebut peluang untuk mendapatkan hadiah! hadiah apa??? haa tu kita kena pergi sana dan lihat sendiri ok! aku pon tak tau hehehe

Mari berkumpul di ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudahnya untuk menukar lampin Huggies Dry Pants! wewitttt... 

So ape lagi Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Huggies untuk acara yang penuh keseronokkan bersama keluarga tersayang!

Ok kalo korang betul2 berminat untuk menyertai acara Huggies yang dijangka sangat best vavava nih butirannya adalah seperti dibawah:-

Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut: 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
 

Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam! Datanglah beramai-ramai!

Jumpa disana....peace yaw!




Celebrate birthday babah

 Tahun nie dapat celebrate birthday suami tercinta bersama anak-anak. Gembira dapat celebrate bersama berempat walaupun ala kadar. Yang pastinya kami gembira... syukur alhamdulillah moga Allah kekalkan kebahagian kami ini.. amin

Birthday kek untuk sayangku... from kings

Balik keje cepat2 pegi tesco belikan kek ini. Tiramitsu.. oklah tapi tak boleh lawan kek secret recipe lah kan ermm.. selalu sangat makan kek secret recipe nih kat opis (bos belanja setiap birthday anak buah) sebab tu nak try kek kings plak..


weols... small family..akan datang mungkinkah akan bertambah?? ermmm kalo itu lah rezekinya..aku redha..hehehe

Sara kemain exsaited lagi nengok lilin dekat kek tu.. tapi sayangnya dia tak boleh makan maka mampu telan air liur saje.. kakak pon sama sebok nak tiup lilin dah potong kek.. beza benar dengan perangai dia masa umo setahun dulu.. suh potong kek pon tak nak.. tahun nie bakal menginjak umo 2 tahun dan bakal pandai pegang pisau potong kek sendiri weeee tak sabar! bulan april nanti birthday esya yeahhh

well haruslah gambar daripada instagram hewhew

Bulan april birthday esya.. bulan jun anniversary kitorang! tak sabar nak pegi vacation.. yahuuuuu.. tetiba :P

itu saja makan kek dan juga pizza dominos order on9 sejam baru sampai pffttttttttt


Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site