Monday, May 16, 2011

28 HARI

Assalammualaikum wbt...

Apa khabar semua rakan2 blog ku? mudah-mudahan anda semua dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya... amin

Mohon maaf kerana aku sudah mulai kurang menghapdet di belog.. asyik giler menghapdet di fesbuk saja ahaha kemalasan sudah.. hari ini aku gagahkan juga "ON LAPPY". Kata orang tua2 time pantang tak boleh membaca, tengok tv dan kena banyak berehat.. takut mata rosak.. aku takut2 jugak nak menghadap lappy nie.. tapi tak per lah aku sambil2 kejipkan mata yer demi nak hapdet nye pasal..

Ok lah seperti yang korang sedia maklum aku kan dah bersalin si bobo tu kan.. sedar tak sedar hari nie dah masuk hari yang ke 28 taw! cepat kan? padahal kalo boleh nak lagi cepat :P serious kalo boleh aku nak lagi cepat masa berlalu! lagi cepat lagi bagus.. cepat sket aku abeskan pantang nie... bosan ok! banyak aktiviti terbatas..

Ekceli aku masih berpantang di kajang rumah mertua.. Insyaallah kalo tak da aral pada 28 hb Mei nie aku akan pulang ke rumah sendiri di shah alam.. yeahhhh rindu sama rumahku! pasti ramai yang tertunggu2 kepulangan kami kan? ahaaa perasannya... ok kepada blogger2 yang nak datang melawat kami nanti bolehlah terus ke rumah yer.. ada ker yang nak datang nie? ahaha

erk aku nak tulis apa sebenarnya nie??? grrrrr

tetiba idea tu hilang... ada banyak benda yang nak aku ceritakan.. tapi aku rasa tunggulah dulu.. abes pantang kang aku stori satu2.. banyak benda yang nak aku kongsikan bersama kalian.. terutama sekali kepada bakal2 ibu.. dan aku juga nak berkongsi pengalaman dengan mommy2 otai kat luar sana.. yelah aku kan baru beranak sorang so banyak benda yang aku tak tau dan perlu aku pelajari..

ok la uols ada masa aku hapdet lagi yer... dan aku nak mintak maaf banyak2 kat korang sebab tak sempat nak balas komen2 korang kat belog aku nih.. harap korang faham lah yer kesibukkan sebagai seorang ibu melayan anaknye nie :)

k luv uols!
terima kasih kerana korang sudi singgah kat belog aku nih!
mmuuuaahhhh

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Mama.. Selamat hari ibu! Terima kasih kerana melahirkan Esya.. Segala pengorbanan mama tiada tandingannya.. Esya sayang mama! Mama pon sayang sama Esya :) pssttt: tak sabar nak tengok Esya membesar didepan mata..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 7, 2011

EBM ku yang terbaik!

Ahaaa selamat hari minggu sume! Arinie aku heppi sangat2 coz susuku bertambah banyak.. Dapat la 120 ml sekali pam.. Syukur padaMu ya Allah Ya Rabbi.. Dan jutaan terima kasih kepada rakan2 belog dan fesbuk kerana banyak memberi petua dan galakkan kepada aku disaat aku sangat2 memerlukan.. Petua dia senang saje.. Makan makanan yang berkhasiat seperti sayur sawi, ikan tenggiri, kismis, minum horlicks ( petua dpd Princess N terbaek ah!), minum milo, minum kopi (sarapan), dan kalo nak lagi banyak makan la lobak putih (yg nie aku blom try). Selain tu banyakkan minum air masak sebelum dan selepas mengepam susu. Jangan lupa tuam dengan air suam dan urut2 dulu breast kita supaya mudah susu dikeluarkan..kalo nak letak kobis pun boleh tapi ini untuk bengkak susu memang mustajab! Aku dah buat ok! Insyaallah susu mesti banyak kuar punya.. So sekarang aku dah tak susah hati lagi.. Apa yang penting tingkatkan usaha untuk susukan Esya dengan susu badan!! Go go caiyok :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 3, 2011

Kenangan Pertama Kali Bersalin Part 3 (Last kopek!)

Assalammualaikum wbt dan morning sume.. Pagi nie aku nak sambung citer kenangan waktu bersalin aritu.. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada bakal2 ibu di luar sana.. Tak pun sekadar kenangan aku bersama Esya di dalam belog ini.. Kita sambung yer.. Masa en bob pegi makan tinggal ler aku sorang2 kt dalam bilik bersalin tu menahan kesakitan yang amat. Kejap2 aku tengok jam.. Adei lambat lagi pukul 1.30 ptg.. Pastu plak kejap2 CTG aku berbunyi.. pastu nurse pun datang betulkan.. Begitulah seterusnya.. Bosan giler time tu! Eh sempat lagi rasa bosan tau walaupun sedang sakit ehehe. Nurse pesan kalo sakit tak tertahan dia suh aku sedut oksigen untuk kurangkan sakit.. Tapi tak boleh guna selalu nanti boleh menyebabkan mengantuk ketika meneran. Aku try la sekali tapi macam tak jadik jer hihi mungkin aku tak reti guna kot :p Dipendekkan cerita jam sudah menunjukkan pukul 12 tgh hari.. Time tu doktor pakar pun datang.. Dia seluk aku huu time tu air ketuban pun pecah lah.. Series terasa air yang sangat banyak melimpah2 kat katil aku.. Doktor scan perut lagi.. Kali nie kedudukan baby berubah lagi.. Oh no! Lutut pulak ke bawah.. Tadi punggung.. So doktor terpaksa ceaser aku.. Memang dah tak da jalan lain lagi.. Kuar ikut tingkap juga jawabnya.. Time tu aku redha asalkan sakit kontraksi aku tu hilang.. Tak tertahan dah menangungnya.. So aku di beri surat perjanjian dan di suruh sain sebagai tanda setuju. Pastu en bob pun datang dan doktor jelaskan pada dia.. Yang tak bestnya en bob tak bole masuk bilik bedah huhu. Aku ditukarkan baju.. Baju spesel sket nak masuk bilik bedah kan.. Dipakaikan tiub air kencing.. Sakit weh! Huhu Dengan pantas aku di sorong masuk ke bilik bedah.. Dibius di tulang belakang.. Tiba2 aku tak rasa yang aku ada kaki.. Cuma aku hanya mampu mendengar doktor dan nurse berborak dan suara baby menangis... Subhanaallah cepatnya.. Tepat jam 12.44 esya berjaya dikeluarkan.. Aku rasa macam baru jer masuk bilik bedah tu dalam 15 minit yang lalu.. Nurse datang tunjukkan esya pada aku.. Lagi sekali aku sangat2 terkejut melihat wajah anak yang ku kandung selama ini.. Paling terkejut sebab aku tak sangka langsung yang aku akan dapat baby GIRL! Yelah ramai nau yang dok teka aku akan dapat baby Boy akhirnya.... Kata hati aku jugak yang betul.. Aku memang dah lama terdetik yang aku akan dapat baby girl cuma tak berani nak cakap kat orang jelah.. Ok dipendekkan lagi cerita.. Kuar daripada bilik bedah tu aku ditempatkan di wad 5E. Sebilik ada 4 org.. Petang tu pulak aku demam panas.. Menggigil2 dibuatnya mungkin demam terkejut lepas operate kot :P k la uols tu jelah dulu.. Nanti kalo ada masa dan kerajinan aku citer pasal demam dan keadaan kat spital.. Kalo tak bz la yer.. Nie pon aku dh karang n3 nie pagi2 td tapi esya dh bangun tak sempat nak publish.. So petang pon petang la yer asalkan ado! Hihi k chow dulu esya asyik memerap jer arinie nak tido atas lengan aku.. Nak manja2 ngan mama dia lah nie :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, May 1, 2011

Untukmu Esya

Hari ke 3 berpantang aku mengalami bengkak susu.. Sakitnya hanya Allah yang tahu.. Masa tu aku masih lagi di Hospital.. Mujur ada nurse yang tolong ajarkan macam mana nak buat kalo jadi bengkak susu nih.. Terima kasih yer nurse dan juga sister kt Hospital Serdang yang sudi bantu aku.. Balik rumah mertua aku cuba pam tapi hasilnya sangat2 tak memberangsangkan.. Sikit giler! Alhamdulillah selepas beberapa hari hasil kesabaran ku susuku bertambah dari sehari ke sehari. Aku amalkan makan sayo sawi dan minum horlick.. Alhamdulillah kesannya sangat cepat.. Susu bertambah sampai meleleh2 hihi. Ini pun petua daripada kawan2 di fesbuk. Terima kasih korang! Dan kat atas nie hasil perahan pagi tadi jap jer aku pam sebab sebok nak g mandi.. Harap2 pasni bertambah lah lagi stok susuku untukmu Esya...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site