Assalammualaikum wbt...
Selamat tahun baru 2015 semua pengunjung blog jivebumz. Syukur alhamdulillah masih bernafas dibumi Allah yang fana ini. Syukur juga diberi peluang untuk mencurahkan idea di blog ini. Alhamdulillah...alhamdulillah... (senyum tak perlu kata apa-apa)
Agak lama juga saya mendiamkan diri... bermula dengan kisah banjir dipantai timur yang berlaku pada bulan disember tahun lepas rasanya mood nak mengupdate tu agak kureng sikit... ntahla... mungkin terkesan dengan kejadian banjir tu.. Ya Allah kesiannya kan.. kita kat sini tak rasa situasi mereka disana... saya ada dua orang kawan di Kelantan yang terlibat dengan banjir tersebut. Dapatlah sikit gambaran situasi mereka disana melalui facebook mereka. Apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka dan mereka semua tabah menghadapi segala dugaan daripada Allah.
Takziah untuk arwah tok abah diatas kembalinya ke rahmatullah pada 28 Disember yang lalu.. Tok abah nie atok sebelah suami. Saya baru 4 kali berjumpa dengan arwah sepanjang berkahwin dengan suami. Sedih juga sebab belum betul2 mengenali tok abah... al fatihah untuk tok abah...
So apa projek tahun nie? mesti korang dah ada plan yang tersendiri kan? Moga2 kita semua berjaya dan dapat mencapai plan kita. Inshaa Allah...
Selamat tahun baru 2015 uolss! muaahhh