Assalammualaikum....
Orang lain dah keluar gambar raya tapi aku baru nak keluarkan gambar sebelum raya. Aci dok? haha ahhh lantakkan.....
Pagi ahad aku ke pasar bersama kakak. Semangat lain macam sebab nak menyoping bahan mentah untuk dimasak sempena raya. Tahun nie kakak aku memang tak nak buat rendang ayam. Saja nak buat kelainan katanya. Nak masak rendang kerang. So kerang tu memang dah siap2 booking dengan abang aku dekat kampung lagi sebelum kitorang semua balik. Yelah order jer dalam wasap family berdesup abang aku orderkan. Gitu... syok kan sejak ada group wasap nie semuanya pantas aje. Apa nak bagitau pasal family semua kat dalam tuh aje. Sapa lagi admin kalo tak aku nih. Erkkk...
Kakak aku nie memang rajin masak... kitorang panggil dia kak leha. Kira paling otai dalam family. Anak kedua. So bila ada dia memang selamat lah aku ken. Dia yang masakkan semua. Heheh aku tolong potong2 aje.
Nampak tak ikan apa kat gambar atas tuh? tu kitorang dekat kampung panggil ikan plotan. Kalau dekat sini orang panggil apa yer? aku pon tak tau sangat nama2 ikan nie. Kak leha mengidam nak makan gulai ikan plotan yang mak aku masak. Kitorang beli kepala aje rm 20 kalo tak salah. Buat gulai letak bendi fuhh terangkat weh.
Persiapan sebelum raya... buat ketupat pulut. Biasanya pulut biasa je kali nie kak leha nak letak kacang. Sedap jugak letak kacang weh. Aku kan peminat kacang. Bagi yang tak minat kacang tu kita tak letak ler kacang kang kempunan pulak nak makan ketupat hehe.
Kak leha yang sangat rajin
ketupat pulut....ermmm teringat2 plak aih... nasib la puasa neh..
sambal kerang yang kebabom... 15 kg asben aku ler tolong kopek sampai sumbing kuku dia...kesian...
Jadi buka puasa petang tu kitorang makan lauk pauk yang telah siap di masak untuk hari raya esoknya... cuma lontong ngan kuah daging masak asam tu masak besok pepagi raya... korang pernah makan tak daging masak asam tu? sedapppp weh makan dengan nasi impit dan lontong...kecur ayaq liuq ceq!!!
berbuka puasa bersama keluarga tersayang... nie pon ada dua keluarga je... yang lain semua kat umah mertua masing2.. tak pa ok jer meriah jugak...
testing ketupat pulut kacang dan juga rendang kerang....nom nom nom
Malamnya kita isi kuih raya bersama anak buah. Mujur anak buahku dah besar2 senang nak bagi arahan. Keja pon dapat siap cepat.
tarraaaaaaaaa..... menu kami di pagi raya....
dari kiri kuah yang aku cakap tu daging masak asam...dalam tu ada paru tau! daging tu potong kecik2 senang nak makan. Yang tengah tu kuah lontong... sebelahnya rendang kerang....
Petang2 tengok makanan nie kan napsu makan tetiba mencanak pulak.. ohoiii
Ok ai puasa ok... hari ke 4 alhamdulillah... petang nie nak masak apa yer? ermmmmm