Thursday, July 24, 2014

Baju raya

 Bila dah beranak pinak nie of kos la semua persiapan raya anak lebih diutamakan. Mama tak ada baju raya pon tak apa asalkan anak ada... ewahhh menipu benor tak ada baju raya ken.

Malam tadi pi umah kak ct amek baju esya dan sara. Kak ct tu tailor aku daripada zaman bujang sehinggalah sekarang. Semua baju aku dia yang jahitkan. Baju masa bertunang, baju masa akad nikah dan baju kerja semua dia yang jahit. Aku suka sangat jahitan dia tu kemas dan selesa bila dipakai. Sebab tulah sampai sekarang hubungan kami tak pernah putus. Setia pada yang satu katanya hehehe.


 Esya testing baju raya. Raya pertama pakai peplum uols! nie mama dia yang teringin nak buat. Sebab budak kecik pakai peplum nampak comel sangat. Sukee... aku tak buat peplum.. baju kurung pahang aje. Selesa boleh pakai kerja nanti baju tu. Yelah nak melaram sangat malu pulak rasa. Dah tua kan.



Kasut raya esya pilih sendiri. Dah besar nie semua nak kaler pink aje. Baju raya pon beli ikut kaler faveret dia. Pepel dan pink. Hai laa anak apa saja lah untukmu. Asalkan kau gembira.







Posinggg.... time nie dah pukul 12.30 tengah malam.. sara dah tido sebab tu tak dapat amek gambar dia huhuk. 
 Dan ini pulak baju kurung pahang kain jenis cotton. Sesuai untuk budak sebab ianya tak panas. Baju aku pon ada sama macam nih. Sedondon laa kami bertiga raya nanti. Baju kami dah settle tapi baju babah je belum. Boleh babah tak nak beli baju raya!! tsk tsk tsk

Katanya tak pakai dah nanti.. pakai sekali jer raya first tu.. nak pakai baju taun lepas katanya.. hai babah raya setahun sekali jer kot... tak mecing laa kita nanti tau..ermmmm mencik tau!

tak pe akan ku pujukk jua!


Mood raya dah mari... mood nak balik kampung jer sebenarnya. Tahun nie ala kadar jer tak nak berlebih2. Ingat sama saudara kita di Palestine sana... saudara kita yang baru kehilangan keluarga dan teman semasa nahas MH17. Dan ramai jugak yang kehilangan....tengok dekat group wasap... Ya Allah sedihnya... semua itu ketentuanNya siapalah kita nak menghalangnya... Allah telah menjemput mereka pulang... kita yang hidup nie tak tau la bila tiba masanya... pun akan pulang jua...

Allahuakbar! kuatkan iman kami Ya Allah... tabahkan hati mereka... kerna ku tahu aku tak berdaya berada di situasi mereka orang2 yang terpilih....

Raya di mana korang? aku balik ke perak...insyaallah. Kalo boleh malam jumaat tu nak gerak dah. Sabtu tu dah tentu2 jem. Semua nak balik kampung kan... ah ntah2 jumaat tu dah start jem.

Oklaa semua selamat pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga. Hati2 memandu. Belanjalah dengan berhemah jangan membazior! beli ikut keperluan jangan ikut nafsu (untuk diri sendiri haha). Semoga kita semua dilindungiNya... Ameen.

Selamat Hari Raya Aidilfitri uols... maaf zahir dan batin...


Monday, July 21, 2014

Soya ESP mengenyangkan saya


Kisah diri sendiri bukan kisah dongeng ok....

Dah lama tak berceloteh di sini kan? ya memang benar kalau tak mula memang selamanya sepi dan terkubur begitu saja..ecehhh ayat tak boleh belah :p

Apa nak cerita nie? haaa pasai ESP Shaklee nie la... sebab kan sepanjang ramadhan nie cheq amek esp tak pernah skip habaq hang! kagum tak???


Biasalah kan.. dulu masa mengandung memang rajin teramat mengamalkan ESP nie. Sebab tu keluar anak pon gebus macam soya esp nie hahaha. Bila dah lepas pantang aja mula la culas. Sekarang baru nak start balik. Apa yang aku alami lepas makan esp nie sangat BEST ok! masalah kulit gatal2 selesai. Jerawat selesai. Rambut kering selesai. Eh semuanyalah

Best sangat...lalalala gembira sebab tak lama lagi nak raya dah kan.. semua masalah dah selesai. Setiap kali sahur aku pastikan amek 2/3 sudu ESP bancuh dengan susu kotak. Kadang tu campur kurma. Ikut tekak lah. Tapi memang WAJIB amek no more skip. Kalau korang SKIP sebab tula tak menjadi. Cuba amek secara konsisten insyaallah menjadi. Tak percaya??? cuba dulu baru tau!


Selain daripada itu banyak sangat kebaikan esp nie kalau kita amalkan. Antaranya...

  1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Belum terlambat lagi untuk uols mencubanya.... selagi stok masih ada




Teringat pagi tadi ada sorang customer aku wasap nak beli 1 canister ESP.. padahal sebelum puasa tadi dah beli 1 canister.. ohooo cepatnya dia habiskan sebelum abes puasa. Nih memang betul2 istiqomah amek ESP nih hehehe. Patutla kulit muka dia cantik dan sihat aje.

Haa tu dia penangan ESP... anda cuba anda rasai kelainannya.

ikhlas,
Pengedar shaklee area shah alam dan seluruh malaysia

Friday, July 4, 2014

Tersentuh hati dengan pengakuan Rania Felixia yeap

Subhanallah...alhamdulillah..allahhuakbar!
Syukur...dan tahniah kepada saudara baru kita Cik Rania Felixia yeap atas anugerah yang Allah kurniakan kepadanya... sedih baca... nak nangis... jika dah tertulis begitu maka begitulah jadinya.. sebaik-baik perancang... perancangan Allah adalah yang terbaik hendaknya... jom kita baca dan hayati bersama... sekadar perkongsian di pagi jumaat yang penuh barakah ini...


Sumber dari blog beliau....

Assalammualaikum.

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 
Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.



P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.

Terima kasih semua atas sokongan anda. =)

Thursday, July 3, 2014

Qadha Puasa



1. Mengganti Puasa Mereka yang Meninggal Dunia
Soalan:
Bapa saya sudah lama meninggal dunia. Semasa hayatnya dia jarang berpuasa. Kemusykilan saya, adakah wajib saya sebagai anaknya atau ibu saya, untuk menqadakan puasanya ataupun bagaimanakah caranya saya harus menyelesaikan masalah ini? Untuk pengetahuan tuan saya tidak tahu berapa harikah dia tidak berpuasa. Setahu saya terlalu banyak.
Salmah, Segamat
 Jawapan:
Menurut mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi; puasa orang yang telah meninggal dunia tidak boleh diganti oleh orang lain. Namun puasa mereka cukup diganti dengan membayar fidyah. Iaitu dengan memberikan makan fakir miskin seorang sehari puasa yang ditinggalkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa meninggal dan padanya ada puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan maka hendaklah diberi makan atas namanya sehari seorang miskin (fidyah)" (Hr. Tarmizi daripada Ibnu Umar)     Seandainya warisnya mengetahui bahawa orang tuanya atau bapanya ada berniat puasa nazar maka warisnya hendaklah menggantikannya dengan berpuasa sesuai dengan yang dinazarkan. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila sakit seorang lelaki dalam bulan Ramadhan kemudian ia meninggal dunia, padahal ia tidak berpuasa maka ia harus membayar fidyah (memberi makan orang miskin seorang sehari atas namanya). Tiada qadha atasnya. Dan jika puasa nazar hendaklah diqadhakan oleh wali atau warisnya". (HR Abu Daud daripada Ibnu Abbas)



2. Mengqadha' Puasa
Soalan:
Tahun lepas saya tak sempat ganti puasa saya (satu hari saja). Soalan saya adakah patut saya gandakan puasa saya atau bagaimana?
Salmah, Segamat
 Jawapan:
Qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya" Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya".
Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.
Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.



3. Puasa Wanita Mengandung
Soalan:
Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat
dan di rumah)?
Hadifah, KL
Jawapan:
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.
Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.



4. Mengqada Puasa Kerana Mengandung
Soalan:
Assalamualaikum, Ustaz
Saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan puasa ganti. Saya telah tinggal puasa sebanyak 8 hari kerana pada masa itu saya mengandungkan anak yang pertama (tahun lalu). Saya tidak dapat menggantikan puasa tersebut disebabkan oleh kesihatan yang tidak mengizinkan.Oleh yang demikian, saya dikehendaki memberi beras 1 cupak untuk satu hari puasa kepada orang miskin dan menggantikan balik puasa tersebut. Soalan saya, bolehkah saya membayar beras kepada orang miskin dahulu dan menggantikan balik puasa saya kemudian hari? Adakah dengan berbuat demikian, hari puasa saya akan berganda iaitu 16 hari? Sekian, wassalam.
Nik Zainab, KL
Jawapan:
Daripada Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT membebaskan puasa dan separuh solat bagi musafir, dan membebaskan puasa bagi wanita yang hamil dan wanita yang menyusui". (R. Lima Imam) Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita yang hamil dan menyusui boleh tidak puasa, iaitu bila wanita yang menyusui khuatir atas bayi yang disusuinya dan wanita hamil khuatir atas janinnya.
Menurut Ishaq, wanita hamil dan wanita yang menyusui tidak puasa dan boleh makan serta tidak wajib mengqada. Jika keduanya mahu boleh mengqada dan tiada fidyah.
Menurut Syafei,  Al Auzai dan Az Zuhri, bagi wanita hamil dan menyusui yang meninggalkan puasa maka wajib qada tanpa fidyah.
Kemudian menurut ulama Syafeiyah wanita hamil dan menyusui anak wajib mengqadha dan membayar fidyah. Jadi terpulanglah kepada puan untuk memilih mana satu pendapat ulama di atas. Cuma saja puan tidak perlu berpuasa berganda, cukup mengganti sebanyak yang tinggal.
 



5. Membayar Fidyah
Soalan:
Saya ingin bertanya, adakah membayar fidyah itu wajib bagi mereka yang belum bekerja? Kerana pada ketika itu dia masih bersekolah, tapi kini dia telah bekerja, dan adakah dia wajib membayarnya? Kalau ia wajib, bagaimanakah caranya?
Nani, KL
Jawapan:
Mengqada dan membayar fidyah dikenakan kepada orang Islam yang telah baligh iaitu telah wajib ke atasnya menjalankan syariat Islam secara keseluruhan. Namun jika ketika itu kita belum berkemampuan membayar fidyah maka bayarlah ketika kita mampu, menurut jumlah puasa yang tertinggal.



6. Ganti Puasa serta Fidyah
Soalan:
Seorang wanita yang tidak sempat menggantikan fidyah untuk tahun tersebut tetapi hanya sempat menggantikan puasanya sahaja adakah perlu mengulagi puasa ganti tersebut sekali lagi bersama-sama fidyah yang telah ditetapkan atau dia hanya perlu membayar fidahnya sebanyak dua kali ganda sahaja tanpa perlu menggantikan puasanya (yang juga sepatutnya dua kali ganda dari tahun sebelumnya)?
Nurmaya, Illinois USA
Jawapan:
Sebahagian ulama menetapkan mengqadha puasa Ramadhan yang ketinggalan wajiblah berturut-turut, namun sebahagian yang lain mengatakan qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya'ban samada uzur ataupun tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah ujarnya: "Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Sya'ban tahun yang berikutnya".
Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehinggaa menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut kata sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasanya. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini tidak ditemui. Jadi jika ingin membayar fidyah cukuplah sekali sahaja tidaklah berganda. Wallahu 'Alam



7. Cara Membayar Fidyah
Soalan:
Assalamualaikum,
Adakah dibolehkan kita membayar wang kepada seseorang seperti imam ataupun baitulmal untuk menyelesaikan masalah fidyah puasa kerana bersetubuh di siang hari bulan ramadhan. Ini adalah kerana kita tidak mampu untuk berpuasa selama 60 hari, membebaskan seorang hamba dan kesukaran mencari 60 orang miskin. Sekian, terima kasih.
Mazlan, KL
Jawapan:
Kesalahan yang kita lakukan merupakan tanggungjawab kita untuk menyelesaikannya, kerana pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW seorang sahabat mengadukan halnya disebabkan berjimak disiang hari bulan Ramadan. Baginda menyuruh sahabat tersebut memerdekakan seorang hamba, namun ia tidak mempunyai hamba, kemudian baginda menyuruh berpuasa dua bulan berturut-turut, namun ia tidak mampu untuk melakukakannya. Terakhir baginda menyuruh ia memberi makan 60 orang miskin, tapi tidak ada harta untuk memberikannya.
Kemudian Rasulullah mengambil kurma dan memberikan kepada sahabat tersebut untuk membahagi-bahagikan kurma itu kepada yang layak menerimanya. Tapi lelaki itu berkata bahawa tidak ada yang lebih layak di pelosok Madinah ketika itu menerima kurma itu selain dirinya. Maka Rasulullah SAW (sambil tersenyum) membenarkan sahaja lelaki tadi menerima kurma tersebut.
Dari kisah di atas membuktikan bahawa Rasulullah SAW menyuruh orang yang bersangkutan menyelesaikan masalahnya sendiri. Tapi tidaklah salah jika ada pihak lain sanggup untuk menyelesaikan tugas kita itu dengan betul. Ertinya kaffarah kita itu sampai dimakan oleh 60 orang miskin tidak kurang daripada itu.




8. Ukuran Secupak Fidyah
Soalan:
Berapakah anggaran secupak (fidyah) di dalam Ringgit Malaysia?
Halim ,Kota Tinggi
Jawapan:
Menurut Kamus Dewan, secupak sama dengan suku gantang. Mengikut ukuran fidyah ialan ukuran kenyang untuk satu orang makan.



9. Mengganti Puasa Ibu
Soalan:
Saya ingin bertanya, bagaimanakah caranya saya boleh membayar kifarah atau mengganti puasa ibu saya yang tidak berpuasa selama sebulan, oleh kerana melahirkan adik saya. Sekarang ini umur adik saya 27 tahun?
Termizi, KL
Jawapan:
Seseorang ibu yang melahirkan anak dan bimbang di atas keselamatan diri dan anaknya itu, maka diharuskan kepadanya berbuka puasa atau tidak berpuasa.
Dalam kes di atas jika ibu saudara itu meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu dan belum sempat mengqada'kan puasanya, padahal ia mampu berbuat demikian, jika ia hidup lebih lama lagi, maka menjadi kewajipan kepada saudara menqada'nya untuk ibu saudara sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan oleh ibu saudara itu seterusnya saudara dikehendaki membayar fidyah juga sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan dengan mengeluarkan satu cupak makanan asasi sesebuah negara.
Kalau di negara kita ialah beras atau nilaian harganya menurut sesetengah mazhab, untuk diberikan kepada golongan fakir miskin. Jika ibu saudara itu meninggal dalam keadaan ia sendiri tidak mampu mengqada'nya maka saudara tidak dikenakan apa-apa qada'. Demikianlah yang disebut di dalam kitab Fiqh Al-Manhaji dan juga berdasarkan hadis riwayat At-Tirmidhi dan juga Abu dawud.



10. Mengganti Puasa yang Ditinggalkan
Soalan:
Tuan, saya banyak meninggalkan puasa semasa remaja, bagaimanakah caranya saya  hendak menggantinya, dan bolehkah tuan terangkan tentang fidyah dan bagaimana caranya?
Mohammad Sulaiman, KL
Jawapan:
Puasa adalah rukun Islam yang keempat. Sesiapa yang meninggalkanya dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran bererti telah melakukan dosa besar di sisi Allah SWT. Walaupun ia berdosa di sisi Allah namun tugas mengqadakkan semula puasa yang ditinggalkannya hendaklah dilakukan. Begitu juga dengan pembayaran fidyah.Dalam kes ini jika seseorang itu banyak meninggalkan puasa. Tidak diketahui dengan tepat sudah beberapa tahun ditinggalkannya, ia hendaklah menyediakan cadangan sebagai mengambil langkah berjaga-jaga.
Umpamanya ia meninggalkan puasa selama 10 tahun. Hendaklah ia mengqada'kan ke semua puasa yang ditinggalkannya itu, di samping membayar fidyah berupa secupak makanan untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan itu. Fidyah tidak boleh dibayar selagi ia tidak mengqada'kan puasanya terlebih dahulu. Bagi Imam An-Nawawi dalam Syarh Muhadhdhab orang yang meninggalkan puasa ini hendaklah mengqada'kan puasanya dengan segera dan qada' ini boleh dilakukan secara berturut-turut ataupun secara berselangan hari.



11. Fidyah bagi Meninggalkan Puasa 20 tahun
Soalan:
Boleh sekiranya Ustaz tunjukkan kira-kira, bagaimana untuk saya membayar fidyah arwah Bapa saya yang sudah meninggal dunia, katakan lah ia tidak berpuasa selama 20 tahun, tanpa Uzur?
Sh, Singapura
Jawapan:
Dalam madhhab Syafii orang yang meninggal dunia tetapi mempunyai hutang puasa Ramadan yang masih belum ditunaikan di masa hidupnya tanpa sebarang keuzuran dan ia pula boleh menqadakkannya semasa ia hidup itu tetapi ia tidak mengqadakkannya, maka hendaklah diambil dari harta peninggalannya sejumlah wang setelah itu digunakan untuk membeli makanan lalu diberi  makan kepada fakir miskin sebanyak secupak makanan satu hari mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan oleh ayahnya.
Jika melibatkan 20 tahun maka dikalikan 30 hari dengan 20 tahun. Jumlahnya ialah 600 cupak makanan. Ini berdasarkan pendapat baru imam Asy-Syafii. Dalam pendapat lama imam Asy-Syafii wali si mati seperti anaknya dan lain-lain hendaklah berpuasa untuk ayahnya sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan oleh ayahnya itu selama 20 tahun. Ini berdasarkan keterangan dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh At-Tirmidhi dari Ibn Umar yang menjelaskan sesiapa yang meninggal dunia tetapi masih mempunyai hutang puasa yang masih belum dibereskan, hendaklah diambil dari harta peninggalannya lalu dibeli makanan dan diberi makan kepada fakir miskin sebanyak secupak makanan satu hari.Wallahu A'lam Bissawab.



12. Mengganti Puasa Yang Tertinggal Lama
Soalan:
Bolehkah seorang yang meninggalkan puasa bulan Ramadhan tahun 1990 menggantikannya pada tahun ini dan dia membayar fidiyah pada tahun-tahun yang lain?
Mohammed Yusoff , KL
Jawapan:
Menurut ketentuan syarak jika kita tertinggal puasa pada bulan Ramadhan pada tahun itu hendaklah kita mengqada atau menggantinya puasa yang tertinggal itu sebelum masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Namun jika telah terlanjur tertinggal sampai beberapa tahun kerana lalai atau tidak tahu kaedah yang sebenarnya maka segeralah bertaubat dan gantilah sebanyak puasa yang tertinggal itu dengan seberapa yang segera.



13. Waktu Membayar Fidyah Puasa
Soalan:
2. Bilakah masa yang sepatutnya kita membayar fidiyah? Adakah kita terpaksa menunggu sehingga bulan Ramadhan sebelum membayarnya?
Jawapan:
Diberikan keringan tidak berpuasa orang yang telah tua bangka baik lelaki mahupun wanita, orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dan orang-orang yang mempunyai halangan lain yang diizinkan syarak untuk tidak berpuasa. Sebagai tebusannya mereka diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari dengan segera dan tidak menunggu sehingga bulan Ramadhan berikutnya.



14. Mereka yang Layak Menerima Fidyah
Soalan:
Bagi seseorang yang ingin membayar fidyah, kepada siapakah mereka harus membayar. Bolehkah diserahkan kepada amil zakat untuk menguruskannya atau kita perlu mencari sendiri orang yang layak terima fidyah tersebut?
Abdul Fatah, KL
Jawapan:
Jika kita tidak mampu melaksanakan puasa lantaran keuzuran, sakit dan sebagainya yang menyebabkan dibebankan membayar fidyah, maka wajib bagi kita memberi makan sehari seorang fakir ataupun miskin. Usahakanlah mencari orang miskin yang ada disekitar kediaman ataupun di kampung anda dan inilah yang lebih baik.



15. Berbuka ketika Mengganti Puasa
Soalan:
Sekiranya saya menggantikan puasa hari ini, kemudian saya membuka puasa tersebut. Ada pendapat mengatakan saya kena menggantikan puasa itu dua kali ganda maknanya saya kena menggantikan semula puasa itu sebanyak dua hari. Apa pendapat uztaz ?
Azni, Bangi
Jawapan:
Jika kita tertinggal puasa wajib seperti puasa Ramadhan disebabkan kerana halangan tertentu seperti bermusafir, kerana haid dan halangan yang dibolehkan oleh syarak, maka cukuplah seseorang itu menggantikan puasanya yang tertinggal itu mengikut jumlah harinya. Jika sehari gantilah sehari setelah bulan Ramadhan begitu juga jika seminggu maka gantilah seminggu. Seandainya pada hari menggantikan puasa tersebut kita mendapat keuzuran tertentu carilah hari yang lain untuk menggantinya asalkan tidak sampai masuk bulan Ramadhan berikutnya. Tidak perlulah menggantikan puasa tersebut sampai dua kali ganda lantaran keuzuran pada masa menggantikannya. Wallahu A'lam.

Wednesday, July 2, 2014

Sirap ajaib itu VIVIX SHAKLEE


Hai bertemu kembali... nak cerita pasal vivix nie.. tahukah anda apa itu vivix? glamer sangatkah vivix nie sampai semua status sid shaklee di fb bercerita tentang vivix? ok memang glamer uolsss. Kalau uols adalah pengguna shaklee pastinya semua sedia maklum. Namun yang masih belum mengenali vivix jom saya kenalkan...

Sebelum tu nak bagitau uols... kalau nak free membership boleh beli 2 botol vivix. Senang2 anda dapat cash bonus. Tak mau ka?? hehe

"Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. "





Antara kehebatan vivix shaklee adalah seperti berikut....


a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)





Antara kehebatan vivix shaklee adalah seperti berikut....

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun




Masih tak percaya yang vivix nie power moh baca testimoni berikut.....


 

Perhatian: Vivix tidak sesuai untuk wanita yang sedang hamil, ibu menyusu dan mereka dibawah umur 18 tahun.


Pertanyaan lanjut boleh hubungi saya....

ila kamilah 012-5417451
Fb Page: jivebumz vita shop

Tak bangun sahur


Assalammualaikum semuaaaaaaaaaaaaaa

Tengok dulu muka tanjat gegirl nih haaa... ate tak bangun sahur uolsss.. sedih sangat tau sebab dah plan nak masak nasik goreng.. malam tadi makan koew tiew goreng je.. perut macam dah kenyang.. nasik dah tanak buat sup sayur aje.. untuk anak2.. depa pon tak nak nasik makan koew tiew kosong aje.. so memang kena goreng lah kan nasik tu...

Tup-tup tak jaga uols... sedar jam 6.15 pagi.. ku sangka jam 16.15... serius ingat 4 suku... 16.15 tu petang cik kak oi ermmmmmmmmmmmmmmm

rupanya 6.15 pagi... tapi masa aku tak perasan tuh aku teguk le sedikit air.. air memang ada sentiasa kat dalam bilik.. bebila haus ku minum aje... sedang elok minum terdengar iqamat di surau bawah umah...huhuhuh menangis kesedihan uols...

Tak sengaja kan... so kita boleh puasa.. tak batal pon sebab dah niat siap2 malam tadi sebelum tido.. Pagi tadi terus bangun pi goreng nasik buat bekalan anak2 kat rumah pengasuh.. bagi je semua dekat dorang... rezeki anak2 di rumah pengasuh. Alhamdulillah. Tak de rezeki aku tapi rezeki anak2 rupanya hehehe.

Mudahan perut ku ini bertahan sehingga berbuka nanti... alah apa da hal... kuatkan semangat kuatkan iman.. insyaallah...

-Daku yang frust tak bangun sahur-


Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site