MLM? Oh tidak!
Ramai yg tak tahu beranggapan bahawa Shaklee adalah typical MLM yg sama aje dengan semua MLM di atas muka bumi ni.
Ramai yg beranggapan Shaklee ni MLM biasa yg hanya menguntungkan upline semata.
Tapi biasalah tu. Tak kenal maka tak cinta. Tak salah pon untuk mereka
kata macam tu sebab mereka sendiri tak tahu. Dengar cerita pon sebab
orang lain cakap begitu. Atau sesetengah lagi dah ada anggapan macam tu
sebabnya paradigm mereka dah tak boleh diubah. Sebab mereke
meng'generalkan' semua jenis MLM. Adoi. Rosak bahasa.
Nway, hari ni meh saya kongsi sikit apa kebaikannya menjadi ahli Shaklee ni.
TIADA MODAL MENIAGA
Haaa. Ni memang berita baik kan? Untuk mereka yg nak belajar meniaga,
Shaklee takde yuran keahlian tahunan yg kena renew setiap tahun. Cukup
sekadar membayar RM65 kalau nak COD dan RM75 kalau nak poskan kit.
Sekali seumur hidup selagi aktif. Dan bonus yg kita dapat berkali2 ganda
daripada harga keahlian kita.
TAK PERLU SIMPAN STOK
Sebagaimana kita tak perlu modal untuk meniaga, kita tak perlu jugak
untuk simpan stok. Sebabnya kalau ada order, kita minta customer bayar
dan kita orderkan. Mudah kan?
SISTEM PEMBELIAN ONLINE
Sekarang Shaklee dah ada online sistem. Dulu masa takde memang jenuh
beratur nak membeli. Bila nak beli tu 1 2 barang je, lagilah ralat sebab
rasa tak berbaloi dengan penantian tu. Pernah saya pergi jam 9.30 pagi
yg patutnye Shaklee tak bukak lagi. Q sikit punye panjang. Kul 2.30
petang baru selesai ok. Patah pinggang ibu. Adoi.
PENGHANTARAN OLEH SHAKLEE
Tak payah nak berkejar2 ke pos laju, gdex, skynet etc. Sebab bayar RM10
flat rate, Shaklee akan hantarkan ke semenanjung. Kalau ke Sabah Sarawak
ekstra sikit la. Tapi apa ada hal. Duit pos pon customer jugak yg bayar
kan. Dan yg bestnye kalau kita beli up to certain amount, kita boleh
enjoy free postage. This is heaven! Kita pon tak payah terhegeh2 nak
bawak barang banyak pegi pos laju, nak isi borang pastu nak bagi
tracking number pulak satu2 kat customer. Penat ibu. Haha.
RETAIL PROFIT
Setiap produk ada harga retailnya. Dah sah2 la harga ahli dan harga
retail tak sama. Kalau nak enjoy harga ahli, jadi lah ahli. Kalau mintak
harga ahli tiap kali jenuhla. Memang boleh bagi, tapi korang jugak yg
rugi. Sebab margin untuk retail profit ni boleh dikatakan sehingga 33%.
Sebab tu jomla jadi ahli Shaklee. Boleh belajar berniaga. Hehe.
CASH BONUS
Ok, ramai yg consume produk Shaklee ni. Betul kan? Tapi tak ramai yg nak jadi ahli. Kenapa? Anda rugi.
Sepertimana produk MLM yg lain, benar, kalau join, korang akan dapat
mata untuk pembelian anda tu. Sama je konsepnya. Macam dalam Shaklee
mata ganjaran ni dinamakan UV. Setiap barang ada nilai UV tersendiri.
Makin mahal barang, makin banyakla UV. Apa gunanya UV ni? UV ni la nanti
bila dah closing, maka akan diconvert menggunakan formula yg hanya
ahli2 shaklee tahu. Bila dah convert, jadi la bonus untuk bulan tu.
Seronok ke tidak? Korang beli vitamin, korang dapat kesihatan yg bagus,
kualiti kesihatan bertambah baik dan korang dapat cash bonus lagi.
Sebab tu saya cakap. Untuk mereka yg hanya beli setiap bulan tapi taknak
jadi ahli, korang memang rugi. Sebab melalui produk2 yg korang beli tu,
korang boleh dapat bonus setiap bulan. Rugi Rugi. Tu kalau kes korang
je yg consume. Tiba2 kawan2 atau sedara mara korang tengok kesan positif
terhadap kesihatan korang, diorang pon minat nak beli sama. Kalau
korang tak jadi ahli, korang memang rugi. Rugi i tell u. Rugi.
Cash bonus ni berdasarkan performance korang. Lagi banyak sales, maka lagi banyakla % untuk bonus korang. =)
CAR BONUS
This is MLM. Betul. Korang akan dapat sama aje macam MLM lain. Korang
akan dapat car bonus. Macam mana nak dapat car bonus? Semua org ada
peluang nak dapat car bonus ke? Betul. As long as korang dah jadi
supervisor dan korang maintain certain amount of sales, korang akan
dapat car bonus ni.
Menariknya di sini, Shaklee tidaklah menetapkan kereta apa yg korang
boleh beli. Bukan BMW. Bukan Mercedez. Bukan bukan. Dan bukan juga car
bonus ni WAJIB beli kereta. Tidak. Di Shaklee, korang boleh kumpul car
bonus korang sampai harga kereta paling mahal di dunia sekali pon. Dan
kalau korang tiba2 dah banyak kereta beratur kat rumah dan korang rasa
tak nak beli kereta, takde masalah. Guna la car bonus korang untuk apa
sekali pon. Asalkan ke jalan halal ye. Haha. Duit tu duit korang. Hasil
usaha korang. Siapa berani halang dan mengatakan tidak untuk pilihan
korang?
CONVENTION
Bunyi macam boring. Rasa macam duduk dalam seminar. Tapi bukan. Sebabnya
convention ni merujuk kepada cuti2 luar negara dan dalam negara. Macam
mana nak dapat? Kena jadi supervisor sekurang2nya dan korang akan
dapatla peluang mengumpul point ni. Lagi banyak point, lagi ramai org yg
korang boleh bawak. Selalunya yg pergi ni akan bawak anak2, mak ayah,
mak mertua, ayah mertua. Seronok kan?
Kalau cuti di luar negara pulak boleh pilih. Kalau yg non muslim bole
pegi US, Paris etc. Kalau yg muslim boleh pergi umrah. Layanan pulak i
tell u. 6 stars. Contoh pergi umrah. Korang akan duduk di hotel yg
paling dekat dengan Masjidil Haram. Sampai tahap berkongsi pagar dengan
Masjidil Haram. Seronok ke tidak? Itu la impian yg saya nak sangat2. Nak
bawak mak ayah pergi umrah dengan duit hasil usaha kita sendiri.
LEADERSHIP BONUS
Korang eligible utk leadership bonus bila korang dah jadi supervisor ke
atas. Kalau anak cucu bawah korang dapat naik rank, korang pon akan
dapat insentif sama. Seronok kan? Shaklee appreciate usaha korang sebab
berjaya train downline korang naik jadi leader. So korang pon akan dapat
hasil sama.
PERBEZAAN SHAKLEE
Di sini lah berbezanya Shaklee daripada MLM lain. Shaklee bukan sistem MLM berpiramid yg menguntungkan upline semata.
Once korang dah naik jadi leader, maka korang akan break dari upline korang. Sedih ke? Haha.
Maksudnye di situ, point yg korang kumpul, upline korang takkan dapat
pon. Sebab korang dah jadi leader. Korang ada empayar yg korang nak bina
sendiri. Sebab tu saya cakap Shaklee bukan MLM berpiramid yg
menguntungkan upline semata.
Di Shaklee, kita faham konsep : Anda Buat Anda Dapat.
Kalau korang kerja kuat, korang banyak sales, korang dapat hasil. Takde
pon istilah menguntungkan upline. Takde istilah downline buat kerja
upline goyang kaki kaya sendiri. Tidak. Sedangkan dah jadi Master pon
semua org sibuk jaga sales dan kerja keras macam distributor biasa.
Katakan tidak pada MLM Pyramid Scheme!
CIRCLES LUARBIASA
Di Shaklee, kita ada circles dan groups yg luar biasa. Bukan sekadar
bagi tips2 untuk meniaga dan luaskan empayar, tapi dalam masa yg sama,
kita belajar jadi insan dan hamba Allah yg lebih baik. Yg ni saya akui
BENAR SAMA SEKALI.
Sebab apa? Sebab kita diajar untuk minta bantuan terus daripadaNYA kalau
kita rasa sempit. Kalau dulu tak pernah solat Dhuha, sekarang, solat
Dhuha rajin.
Kalau dulu malas tahajjud, sekarang Alhamdulillah, dalam seminggu mesti
ada bangun awal pagi berjumpa Allah untuk mintak apa yg kita nak.
Kalau dulu malas berzikir, suka sibukkan diri dengan gosip, dengar lagu yg bukan2, sekarang dah lain.
Kalau dulu malas mengaji, sekarang dah mula mengaji setiap hari. Siap
rasa rindu sangat nak mengaji macam mana kita enjoy mengaji masa zaman
kanak2 dulu.
Sekurang2nya, melalui bisnes Shaklee ni la kita bina hubungan yg lebih baik dengan Allah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Upline pulak banyak bagi panduan. Boleh consult upline kalau kita tak
tau nak bagi consultation kat customer. Semua tu kena belajar kan. =)
Upline akan guide. Mana yg betul mana yg salah. Mana yg perlu
diperbaiki. Jadi bila dah ada dalam circles yg positif, cas2 positif
meletup2 connect antara satu sama lain.
Seronok tau!
Ok2, kalau la rasa nak jadi part of us, meh la PM/SMS/WhatsApp/Call 012-5417451
Saya ada upline dan circles yg bagus untuk bantu korang2 semua! JOM!
Nak join FREE? Meh bagi tahu saya. Terms n conditions apply. =)