Syukur alhamdulillah hari ini puasa hari ke 23. Sekejap sangat masa berlalu. Tak terasa tak lama lagi kita akan menyambut syawal. Minggu depan hari khamis insyaallah kita akan bergembira di kampung bersama sanak saudara tersayang...
Seronoknyaaaa...tahun nie beraya di kampung sendiri :) tak sabar kot nak balik kampung hehehe. Parit Buntar tunggu aku!!!! Insyaallah selasa depan aku dah start bercuti. Isnin malam selasa tu dah bertolak balik kampung. Mudah-mudahan kami sekeluarga selamat sampai. Tahun nie bertambah meriah raya kami dengan kehadiran sara. Tahun lepas mengandungkan sara perut berat tak larat nak jalan haha. Tahun nie perut dah ringan boleh makan banyak2 hehe.
Rindu blog... maaflah aku dah tak setegar dulu.. update bila aku rasa nak aje.. tapi aku still jenguk blog korang cuma nak komen tu tak sempat kot hehe.
Oklah pepon aku masih seorang blogger yang belom pencen.. kalo ada masa dan kelapangan kita bersua lagi yer... babai