Sunday, November 30, 2014

Majlis Aqiqah Auliya wafiyya di Ipoh

Assalamualaikum semua! 

Hai bersiaran dalam kereta otw balik ke shah alam. Alhamdulillah tido satu malam di ipoh rumah adik saya sempena meraikan majlis aqiqah anaknya Auliya wafiyya yang berusia setahun. Majlis dihadiri oleh adik beradik, saudara mara dan kawan2 adik saya serta suami.

Majlis berjalan lancar.. alhamdulillah tak hujan sehinggalah petang tadi baru hujan sekejap. Ramai juga tetamu yang datang tadi. Makanan pon cukup dan paling penting semua adik beradik dapat tapau bawa balik ke rumah masing2. Ada ayam goreng, rendang daging tok, kurma kambing, acar buah, ulam dan sambal belacan serta buah oren. Manakala nasi ada dua jenis iaitu nasi putih dan nasi minyak. Nasi minyak paling cepat habis sebab sedap kan hee. Pendek kata makanan semua sedap2 belaka. Eh tak lupa juga cupcakes yang saya buat pon abes tau! sedap la agaknya hehe.

Alhamdulillah kenyang sangat tau rinie.. makan banyak!  balik nanti kena telan herbalax lah kasi flushh semua makanan yang ado nih hehe.

Esok saya cuti sebab pengasuh dorang cuti.. ok kita jumpa entry esok yer..bulan baru azam baru Insyaallah..
Nak order shaklee meh pm saya 012 - 5417451

Saturday, November 29, 2014

Percubaan pertama buat cupcakes

Hai semuaaa Assalamualaikum wbt! 

Selamat berhujung minggu. Ketika ini saya dalam perjalanan ke ipoh bagi menghadiri majlis aqiqah dan doa selamat anak saudara saya Auliya wafiyya namanya. Anak kepada adik saya.
Malam tadi saya cuba buat cupcakes. Hee teruja uols! tapi kan hubby yang bancuhkan semua tepung tu.. saya tukang bako je haha. Saya mintak tolong dia tolong saya untuk sukat semua bahan2 buat cupcakes tu tapi hubby pi bantai buat semua. Ok selamat lah saya..keje jadi ringan sket. Lain kali saya bagi resepi yer sebab bukan sendiri buat kan.. so tak bestla nak cerita.

Highway utara selatan menuju ke ipoh kelihatan banyak kenderaan maklum la cuti sekolah. Ramai pegi holiday nie mujur saya dah masak dan makan siap2 dekat rumah tadi. Jadi tak nak lah benti mana2. Tak suka ramai orang..sesak huhu.

Okla uols meh amek bau cupcakes saya dulu yer. Eh lupa nak kabo nie saya buat untuk adik saya sempena majlis aqiqah tu. Harap dia suka lah.. nak kata sedap tu boleh tahan laa hehehe...

k bai

nak order shaklee especially promo omega masih ada sehari lagi.. harga best punya!
jom pm 012-5417451

Friday, November 28, 2014

Susu badan kurang! Apa puncanya?

Assalammualaikum semua dan selamat hari jumaat!

Susu badan kurang?


Hampir semua ibu yang baru melahirkan melalui datu tempoh masa di mana mereka meragui bekalan susu mereka sama ada mencukupi atau tidak. Apabila mereka ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan dalam jangka masa pendek, mereka berikan alasan " Saya fikir bekalan susu saya tidak mencukupi". Sebenarnya tanggapan ini sama sekali salah. Menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi.

Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak. Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.

Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisyen dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi.

Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya.

Apakah punca-puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya.

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:-
  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.

Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka.

Apakah yang perlu anda lakukan?

Pertama, jangan risau sangat tentang bekalan susu anda. Adalah perkara mudah bagi anda mengetahui sama ada bayi anda ada mendapat jumlah susu yang secukupnya atau tidak.

Penambahan berat badan adalah cara terbaik untuk menentukan sama ada bayi anda mendapat susu yang secukupnya. Bayi baru lahir selalunya mengalami penurunan berat kelahiran mereka antara lima hingga 10 peratus semasa beberapa hari pertama, tetapi selepas itu, bayi anda sepatutnya mula menambah berat badannya. Jika bayi ditimbang semula semasa berusia antara seminggu hingga 10 hari, anda akan dapati bahawa dia sudah mula membesar dan bertambah berat badan.

Jika anda menjawab ya bagi soalan-soalan berikut, ini bermakna bayi anda sudah mendapat susu badan yang secukupnya, justeru, anda menghasilkan susu yang mencukupi.
  • Adakah dia kencing lima hingga lapan kali sehari?
  • Adakah dia kelihatan sihat dan aktif?
  • Adakah najisnya berwarna kuning mustard? Najis bayi yang menyusu badan akan bertukar dari warna hijau pekat atau hitam pekat yang dikatakan mekonium, kepada warna kuning mustard pada hari kelima selepas kelahiran. Najis bayi anda: Apa yang normal dan apa yang tidak.

 Untuk meningkatkan bekalan susu anda:

  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan. 
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.
  • Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu - ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu. Tetapi, tidak terdapat bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong penggunaannya. Begitu juga, betik muda dan sup ikan tidak pernah dibuktikan secara saintifik dapat menambah bekalan susu, namun begitu, generasi tua dan pengasuh pantang tradisional Cina (pui yuet) menaruh penuh kepercayaan kepadanya. Anda harus maklum bahawa kebanyakan ahli farmasi dan farmakologi akan menasihatkan anda supaya tidak menggunakan ubatan herba semasa kehamilan dan penyusuan.

Apakah supplimen yang sesuai untuk meningkatkan susu badan?


Di sini saya cadangkan anda mengambil ESP dan Alfalfa. Set menyusu mampu milik untuk membantu pengeluaran susu anda. Ini ada testimoni sahabat karib saya sendiri... anaknya sekarang dah berumur 7 bulan tapi masih menyusu badan sepenuhnya. Kawan saya nie hanya mengamalkan minum ESP dan alfalfa setiap hari. Tengoklah hasilnya penuh deep freezer tuh tau!!!

sangat kagummmm kan



 ESP nie banyak kelebihannya. Antaranya...

  1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Manakala alfalfa mempunyai kebaikan seperti berikut....

1.Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan hariantubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
5. Memberi kelegaan semasa haid
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Membuang angin dalam badan


 gambar di bawah nie stok susu saya suatu ketika dulu....hehehe best... pam time opis hour... amek masa sket.. buat 2 ke 3 kali sehari


 dan ini kakak esya sedang mengira stok susu adiknya sara :)
 

 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Thursday, November 27, 2014

Setia dengan produk Shaklee

Assalamualaikum wbt semua! 

Nak cerita ngan uols nie... saya ada seorang customer yang palingggg setia dengan saya. Maksud saya dia selalu kalo nak beli vitamin shaklee wajib cari saya semenjak zaman bujang hingga dah berkahwin. Masa bujang dia beli set kurus dan set kecantikan.  Alhamdulillah berjaya dua2. 

Untuk set kurus ternyata dia berjaya turunkan berat badan beberapa kg.. sebab dia betul2 amalkan secara konsisten dia mampu kurus dalam tempoh 4 bulan. Giler kentanglah..jaga makan dan exsercise tau bukan main hentam kromo hehe. Manakala untuk set kecantikan pon dia sebat sekali.. kalau ada promo wajib dia beli contoh beberapa bulan lepas ada promo collagen pon dia beli. Kulit muka dia memang cantik dan sekata. Ok nanti sy buat full entry pasal customer saya nie after dia bagi permission hehe.

Sekarang customer saya sedang mengandung 3 bulan. Alhamdulillah bunting pelamin gitu! apa lagi dia pon cepat2 kol saya nak beli vitamin. Sikit pon tak lokek duitnya nak beli vitamin untuk anak..bagus betul! yelah kalau dah kenal maka dah cinta ye dok... saya doakan customer saya nie sihat walafiat sepanjang kehamilan dan dipermudahkan segala urusan hendaknya..amin

Nak order produk shaklee meh pm saya 012 - 5417451

Wednesday, November 26, 2014

Resepi agar-agar pandan ala jivebumz

Assalamualaikum wbt semua!

Hai semuaaa... lama tak share resepi kan? kali nie saya nak share resepi agar-agar pandan. Ada la 2 ke 3 kali buat tapi nie baru betul2 menjadi. Bila jadi mestilaa hepi baq hang! Pastu rasa macam eh best jugak kalo share dekat blog kan...

Bahan-bahannya adalah:-

24 gm agar2 yang jenis tali tu
3 cawan air
2 cawan air daun pandan yang diblender
Masak kesemua bahan diatas sehingga menggelegak dan masukkan 1 cawan kecil gula. Gula nie jangan terlebih pulak kang manis melampau. Agak2 korang lah yer tahap kemanisan agar2 tu.
setengah kotak santan, saya pakai santan kotak je sonang. Blender bersama sebiji telur.
Masukkan ke dalam periuk agar2 yang dah menggelegak tadi kacau sebati masukkan sedikit pewarna hijau.
Kemudian tutup api masukkan agar2 ke dalam loyang dan sejukkan dibawah kipas.
Agak2 dah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Sejam kemudian bolehlah dihidangkan... sedapp! eh tetiba hehe

Selamat mencuba!

Tuesday, November 25, 2014

Kulit muka lembut dan licin hasil penggunaan pencuci muka NutriWhite Shaklee

Assalammualaikum wbt semua!

Tahukah anda Shaklee mempunyai produk penjagaan kulit selain daripada berbentuk vitamin? Kalau vitamin untuk penjagaan kulit dari dalaman manakala bahagian luaran jangan kita lupakan. Oleh itu dalam entry kali nie saya nak berkongsi kebaikan pencuci muka NutriWhite Shaklee - Gentle Deep Foaming Cleanser.

Nak tahu apakah keistimewaan produk ini?

 
pencuci muka selamat


  • Menjadikan kulit wajah kelihatan segar dan bersih
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membunag sel-sel mati dan menegangkan kulit muka
  • Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
  • Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas

Saiz pencuci muka NutriWhite Shaklee adalah sebanyak 150ml aje uols, agak besar dan berbaloi. Hanya picitkan sedikit sahaja ditapak tangan tak sampai sebesar kacang hijau pon dan berbuih banyak. Menurut pengguna NutriWhite nie pencuci muka tahan setahun! Wah jimat bukan? Guna sedikit tahan setahun. Eh rugi tak beli you!

Rasa segar dan nyaman sebaik sahaja wajah dicuci dengan NutriWhite, kulit rasa lembut dan licin gitu. Cuma satu jer yang tak best... pencuci nie tiada haruman wangian. Ah saya rela abaikan haruman wangian nie kerana pencuci muka NutriWhite Shaklee bebas bahan kimia dan bahan sintetik berbahaya. Memang selamat untuk kulit muka kita.

Testimoni pengguna:-

apa kata pengguna berkenaan pencuci muka shaklee


 Kepada anda diluar sana yang menitikberatkan kecantikan dan kesihatan muka meh cuba produk NutriWhite nie ianya memang setanding dengan Estee Lauder dan SKII. Paling penting ianya dihasilkan daripada sumber semulajadi dan tidak memberikan kesan sampingan.

Ayuh kita cantik luar..cantik dalam :)


 
 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Monday, November 24, 2014

Ostematrik bukan sekadar untuk tulang tetapi lebih daripada itu!

Assalammualaikum wbt semua!

Maaf yer petang2 baru nak menjelma. Tapi saya masih setia disini.. sentiasa akan berikan informasi terbaik untuk anda..cewahhhh.. Info pasal shaklee je yer yang lain tak tahu. Teringat pula Ostematrik dah habis. Aduhai tak best langsung kalau tak telan ostematrik walau sehari. Sebab kan, kalau saya telan sekurang-kurangnya 2 biji sehari alhamdulillah perjalanan untuk membuang air besor berjalan lancar. I likeeeeee sangat ostematrik! Ada 120 tablet hanya 4 biji sehari harga pon berbaloi dengan hasilnya.

bagus untuk tulang dan lawas


Ostematrik bagus untuk tulang yang sihat?


Yer memang diakui semenjak beranak dua nie rasa tulang tak cukup kuat. Adakah ini faktor usia? kehkeh i muda lagi you... Bila umur semakin bertambah banyak pula sakitnya. Bagi golongan yang tak suka minum susu, mengandung atau sedang menyusukan bayi, atau selalu mengalami sakit2 kaki, sakit sendi, sakit dibahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa ditapak kaki, kebas atau terasa kaki dicucuk2 dengan jarum eloklah mencuba ostematrik nie! Insha Allah ok.. saya sendiri kalau tak ambil memang terasa perbezaannya.

Sebab itu adalah sangat digalakkan ibu mengandung diawal usia kehamilan mengambil ostematrik sebagai supplemen. Pada ketika ini, bayi anda sedang dibentuk dan bayi pula akan ambil sedikit sebanyak kalsium daripada ibunya. Sebab itulah orang kata, bila mengandung gigi mudah rapuh, nanti dah bersalin gigi semua gugur hehe. Nak ke tak de gigi? Mesti ngeri kan? Ok kalau tak nak gigi rapuh cepat2 amalkan ostematrik. Memang tak rugi lah...

Ostematrik bukan sekadar untuk tulang tetapi lebih daripada itu!


Sebenarnya bila sebut ostematrik semua dok terbayang untuk tulang. Anda jangan salah maklumat. Ostematrik bukan sekadar untuk tulang malahan ostematrik lebih daripada itu. 

gantikan susu


  • Membantu membekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf bagi membolehkan otot berada dalam keadaan stabil dan saraf berfungsi dengan baik.
  •  Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retension air, mudah marah dan kemurungan.
  • Mengawal degupan jantung.
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Mengurangkan rasa stress dan membantu untuk tidur dengan lebih nyenyak
  • Membantu mencegah penyakit gusi

Mengapa Shaklee?


Ini kerana penyerapan sebanyak 95% larut dalam masa yang ditetapkan. Setiap 4 biji menyediakan 650mg kalsium. 400 mg magnesium, 500mg fosforus dan 200IU vitamin D.

Jadi tunggu apa lagi? banyak khasiat dan kebaikan yang boleh anda dapat bila mengambil ostematrik. Kata orang tak kenal maka tak cinta!

 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop


Sunday, November 23, 2014

Hujung minggu ke Karnival Upin Ipin dan Ultraman di PICC, Putrajaya

Assalamualaikum wbt semua! 

Hari minggu adalah hari bersama keluarga tercinta! Semalam berlangsungnya Karnival Upin Ipin dan ultraman di PICC, Putrajaya. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menyaksikan karnival tersebut disebabkan anak2 yang terlalu minat dengan cerita upin dan ipin nie. Esya peminat Upin dan ipin manakala Sara pula peminat cerita Ultraman. Ini adalah pertama kali saya nak bawa anak2 ke tempat begitu. Maksud saya ke Karnival.

Sampai saja kami disana kelihatan banyak kereta yang parking di bawah PICC. Maksudnya mereka terpaksa berjalan kaki dan mendaki lereng bukit setinggi 80 darjah. Boleh tahan tinggi dan tercunggap juga kalau saya di pihak mereka. Mujurlah suami saya mencari parking disekitar basement tak perlu lah kami mendaki bukit.

Masuk aje kami ke bangunan PICC,  Masha Allah ramainya orang... ada yang duduk ditepi2 jalan sekitar dewan mungkin sebab dah tak larat nak berdiri. Terkejut juga saya tengok suasana macam tu. Mak saya pula tiba2 tak nak masuk dan ajak balik ke kereta. Puas saya pujuk alhamdulillah mak nak jalan masuk ke dalam. Kalau tidak hampa juga tak dapat tau apa yang berlaku dalam tu.

Banyak booth yang disediakan yang mana menjual barang2 upin dan ipin. Tak kurang ramai juga yang beratur membeli. Hai saya masa tu dah lemas tengok, rasa nak cepat2 balik aje. Mak pula tak larat nak jalan so mak duduk kat tangga pentas. Tumpang sekejap sebelum persembahan bermula jam 8 malam. Kami solat di surau yang disediakan. Ramai juga yang solat kat situ kebanyakan mereka nak tunggu persembahan sebelah malam.

Kami sempatlah pusing2 area booth dan beli buku mewarna untuk esya dan sara. Selebihnya beli biskut rm10 yang dijual dalam beg tu. Itu aje yang menarik sikit. Lepas solat terus gerak ke cheras pula ada makan2 family mertua sempena nak celebrate birthday ayah. Ok esok saya review cerita tempat makan dekat sana yer. Best dan sedap uols!

Secara kesimpulannya, saya rimas dengan keadaan orang ramai kat situ so saya tak berminat dah nak pegi lain kali... sori les kopek hehe. Maybe kalau anak2 dah besar nanti okla.. senang tak payah dukung dan dorang boleh jalan sendiri. Kalau masih kecil lagi tak payah la buat penat badan nak meredah. Warga emas juga tak digalakkan sebab tak da kerusi untuk mereka duduk..kesian nak kena duduk dilantai. Ok cukup sekadar itu dulu komen saya. Hari ini last day Karnival Upin Ipin tu kalau korang sangup redah lautan manusia tu... silakan lah... saya nak berehat puas2 :)
jumpa esok ya..bai!

Saturday, November 22, 2014

Resepi mudah nak buat nasi ayam untuk yang pertama kali mencuba

Assalammualaikum wbt dan salam hujung minggu semua!

Pagi tadi saya dan mak keluar bersarapan berdua dekat luar sementara suami dan anak-anak masih tidur :) Seronok pula bila berdua-duan dengan mak.. ala-ala dating gitu... saya memang tak plan nak buat sarapan pon pagi tadi... malas pula rasanya hari minggu macam nie.. rasa macam nak makan dekat luar aje hehehe. Maka ke kedai lah kita.. saya plan nak bawa mak makan dekat restoran ceria dekat seksyen 3. Dekat situ ada nasi lemak dan roti canai yang sangat sedap tau! tapi parking pula penuh so tukar ke kedai mamak. Jauh skit laa kat seksyen 7 iaitu Khulafa Bistro. Kami berdua order roti sardin dan teh tarik untuk saya, teh o panas untuk mak. Makan sambil sembang dua beranak. 

Gambar makanan tak ada nak tayang sebab lapar nau tadi hehe. Eh hari nie ada Karnival Upin Ipin dan  Ultraman dekat PICC. Tunggu anak-anak bangun kejap lagi ingat nak pergi jugak la..Jalan-jalan katanya...

Pastu teringat lunch nanti nak makan apa yer.. buat nasi ayam pon best juga.. tapi malas :P hahaha tak pe saya nak gugel dulu resepi nasi ayam yang sedap nanti bila rajin saya buat. Nah saya share dekat sini mana tahu ada pembaca saya yang sedang mencari resepi hehe.

Kredit kepada blog iResepi.com


sedapnya nasi ayam
Gambar encik gugel

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu. 
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips: Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.



Nampak macam mudah jer... haha ok nanti saya cuba saya tayang kat sini yer.. nak korang amek resepi nie pi cuba dulu tau! dah siap mai hantaq kat saya sikit hehehe


Selamat berhujung minggu semua!
 

Friday, November 21, 2014

Tips mendidik anak dan mengawal kemarahan ibu bapa kepada anak

Assalammualaikum wbt....

Saya akui mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah. Tambahan pula, sikap anak kecil yang sukar mendengar kata, menyebabkan ibu baoa mudah hilang sabar, naik darah, geram, stress san sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda?

Sudah pastinya anda tidak mahu anak-anak membesar dengan emosi terganggu. Kadang kala saya terfikir, bagaimana anak saya memarahi saya bila besar nanti? Sebab kadang-kadang saya juga mempunyai sikap sukar mengawal kemarahan. Terutamanya apabila anak-anak sukar tidur malam. Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan ini apabila anak-anak tidak mahu mendengar kata. 

Daripada situ saya tergerak untuk mencari ilmu berkaitan mendidik anak-anak. Jom ikuti bersama saya...

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Pada masa inilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka akan mencuba sesuatu yang baru dan mereka belajar membentuk jati diri. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Disini saya ingin kongsikan tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda.

cara mengawal kemarahan terhadap anak


Tips  mendidik anak-anak:-


1. Sebelum memarahi anak. Fikirlah dahulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

3. Perlu difahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuma fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa kasih sayang oada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain? Begitu jugak anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6. Banyakkan membaca Al-Quran. Ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Menjadikan mereka lebih mendengar kata. Tahukan anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggunjawab yang sering di abaikan oleh ibu bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting untuk membentuk jati diri mereka. Belajarlah untuk menghargai mereka. Inshaa Allah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar daripada anda. 

Anda mencerminkan mereka! Semoga tips dalam mendidik anak ini membantu anda dan saya.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop


Thursday, November 20, 2014

Bengkak susu dan cara mengatasinya

Assalammualaikum wbt dan salam ceria!

Hai bertemu kembali kita... kali nie saya nak bercerita pasal bengkak susu. Pernah tak korang terutamanya ibu menyusu melaluinya? Ok bagi yang belum pernah merasai bagaimana sakitnya bengkak susu meh saya share serba sedikit.

lecithin bantu atasi bengkak susu


Bengkak susu sakit ker?


Teringat saya masa melahirkan anak pertama. Hari kedua selepas melahirkan saya telah mengalami bengkak susu. Masa tu dekat hospital. Saya pula bersalin secara ceaser maka agak terbatas pergerakkan saya. Maksud saya susah untuk bangun menyusu baby. Tambahan pula ketika itu saya demam pula dan baby di jaga oleh nurse. Saya pun tak pasti sama ada baby saya telah diberi susu tepung atau tidak. Badan saya benar-benar lemah ketika itu, agaknya terkejut lepas pembedahan kan. Aduhai bila dikenang-kenang sakitnya bengkak susu tuh! Memang sakit sakit. Bukan nak menakutkan korang tapi sekadar berkongsi pengalaman saya yer.

Mengapakah payudara bengkak dan sakit?


Pada minggu pertama selepas bersalin, korang mungkin dapati buah dada anda membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadan bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Itu adalah apa yang saya alami lah. Korang mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau walau seteruk mana bunyinya, keadaan ini hanya sementara.

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?


Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? payu dara penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati mendapati buah dada mereka hanya menjadi penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.  walaupun begitu payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selepas bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak susu anda akan mulai reda.

Apakah yang boleh dilakukan untuk merawat payudara bengkak?


Pertama sekali ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyususi bayi anda, dan ianya tidak lama. Bengkak susu tidak lama, dengan bantuan bengkak susu anda menghasilkan jumlah susu yang sesuai untuk bayi anda.

Oleh  beberapa perkara perlu diambil perhatian antaranya,

Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda meyusu daripada kedua-dua payudara pada setiap penyususan. Cuma perlu pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yabg terakhir dihisap.

Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu adalah dengan meletakkan tuala panas didada, atau mandi dengan air suam sebelum memerah. 

Jika payudara anda terlalu penuh, menggunakan pam sekali sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

Semasa bayi sedang menyusu urutlah payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan ketegangan dan ketidak selesaan pada payudara.

Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara dapat membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti sahih yang menyokongnya. Daun kubis dikatakan ada kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak.

Apa produk shaklee yang boleh bantu atasi bengkak susu?


Apa yang boleh saya cadangkan ialah anda mengambil lecithin bagi mengatasi masalah bengkak susu ini. Ini kerana lecithin membantu mencegah duktus susu tersumbat. Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu. Selain itu ia secara tak langsung menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya kita akan menjadi mudah lupa selepas bersalin. Lecithin juga secara tak langsung memberi khasiat kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak bayi. Oleh itu jika anda mengalami masalah bengkak susu cepat-cepatkan dapatkan lecihtin mudah-mudahan dapat mengatasi masalah anda. Susu lancar dan badan pon selim kan hehe.

atasi bengkak susu




Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Tuesday, November 18, 2014

Bengkel ISO

Assalamualaikum semua! 

Minggu yang penat dan bz... tapi seronok. Yer saya enjoy sebenarnya dengan geng iso nie. Walaupun buat dokumentasi nie kerja yang remeh temeh. Tapi enjoy bila dapat buat kerja dalam keadaan gembira dan bergurau senda.

Korang pernah rasa tak bosannya dengan kerja korang? haa tetiba plak tanya ken... saya dah 7 tahun berkhidmat alhamdulillah masih belum bosan. Cuma bosan dengan orang2 yang tut... sabar jelah... kita mentimun... adatlah tuh... ok kalau rasa stress telan vitamin b banyak3 hehehe jangan terlebih telan sudah...

Bengkel iso nie biasanya kitorang buat kerja edit mengedit dokumen je. Pastu print dan cop salinan terkawal. So memang tak leh nak stress sangat.. gelak2 dan borak2. Ok tu sedikit sebanyak cerita pasal bengkel nie.

Macam tak percaya hari nie genap hari ke 40 update blog sehari dua entry! wow best3.. tq neni hanum banyak beri dorongan dan inspirasi kepadaku.. kalau tak kerana shaklee dah terkubur gamaknya blog nie hehe. Terima kasih shaklee...

Semoga saya diberi kekuatan untuk meneruskan bidang ini... dan meneruskan blog jivebumz nie sampai bila2 Inshaa Allah :)

Suami gembira bila dapat tahu isteri hamil setelah amalkan Gla Complex

Assalamualaikum semua! 

Bersiaran langsung daripada PJ. Minggu nie saya kerja luar lagi. Ok tak de masalah saya sukaaa jer haha. 

Baiklah saya nak share berita gembira nie. Semalam kan dapat tau seorang customer mak shaklee saya telah mengandung setelah lebih kurang sebulan mengambil Gla complex.  Beliau ambil Gla untuk memperbetulkan period. Awal bulan 10 gitu.. baru kawin dan tak sangka rezeki Allah nak bagi.. mengandung pula.

Syukur alhamdulillah apa yang lebih gembira bagi kami SID jika mendapat perkhabaran sebegini. Tahniah puan! kita hanya mampu berusaha Allah jua yang menentukan.
Pesanan saya, jika anda ingin mencuba eloklah amalkan Gla complex nie. Makan sampai anda mengandung! jika dah mengandung kena otometik stop ambil Gla nie yer.

Pastinya suami anda adalah insan yang paling gembira bila mendapat tahu isterinya telah hamil...

Jika berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma roger 012-5417451


Monday, November 17, 2014

Bila ict negeri bergabung

Assalamualaikum semua! 

Siang tadi saya ke Putrajaya kerana menghadiri satu mesyuarat berkaitan aset. Mesyuarat nie dihadiri oleh semua kakitangan ict di seluruh negeri di Malaysia.  Jadi dapatlah kami berkumpul sekali sekala berborak macam2 hal.

Saya ada seorang kawan daripada ict penang. Nurulmiskiyah namanya. Kalau pergi mesyuarat atau kursus memang nurul nie lah geng saya. Sejak dari zaman bujang kitorang lagi. Ada jer gosip kami berdua hehehe. Memang mulut tak reti diam. Kalau dengan orang lain saya kaku sket la.. dengan nurul kira macam serasi bersama gitu hehehe.

Lebih 7 tahun perkenalan kami. Walau berjauhan wasap dan facebook sebagai pengganti. Semoga persahabatan kami akan terus kekal abadi selamanya.. amin

Malam nie nie saya tak de entry best nak kongsi so layan jelah gambo gedik kami siang tadi.. test kamera henpon oppo si nurul... best jugak gambo clear...  zasttt

Cinch Energy Tea Mix bantu kuruskan badan secara sihat


Assalammualaikum wbt!

Cinch Energy Tea Mix bantu kuruskan badan?


Cinch Energy Tea Mix adalah salah satu daripada Set Kurus Shaklee. Ianya sangat membantu dalam memberikan tenaga kepada kita yang kurangkan kalori dalam badan nie. Apabila kita kurang bertenaga, kita akan rasa lebih lapar. Bila rasa lapar mesti kita nak makan. Sebab itu shaklee sediakan cinch energy tea mix nih supaya kita dapatkan tingkatkan tenaga tanpa sebarang penambahan kalori harian. Jadi Cinch Energy Tea Mix ini dapat memberikan ransangan supaya badan menghasilkan tenaga segera bila-bila mana badan kita perlukan tenaga dan rasa letih. Tak delah kita rasa nak makan aje kan?



Apakah yang terkandung dalam Cinch Energy Tea Mix?

Cinch Energy Tea Mix adalah gabungan beberapa jenis bahan terbaik dan teh premium iaitu terdiri daripada:-

Taurina - sejenis asid amino.
Maltodextrin - terhasil daripada kanji jagung
Esktrak Teh Merah Rooibos - Sejenis tumbuhan asli (herba) yang boleh dijumpai di Gunung Cedarburg di Afrika Selatan. Di kenali sebagai "The Miracle Tea" atau "Long Life Tea".
Ekstrak Teh Hijau - Makanan anti-oksidan.
Ekstrak Teh Putih - Sejenis teh yang paling kurang diproses (teh biasa kebanyakan diproses untuk tahan lama dan mempunyai warna)
Serbuk Teh Hijau Matcha - Teh hijau gred paling tinggi dari Jepun.

Terlalu banyak kelebihan dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan meminum teh cinch nie. Teh merah, putih, hijau dan Matcha berada di carta tertinggi sebagai bahan-bahan yang memberi kesihatan dalam perubatan tradisi cina sejak berabad-abad dulu. Antara kegunaanya;

- anti-mikrob
- immunostimulan
- anti-carcinogenic
- anti-radang
- perlindungan kepada penyakit jantung
- detoxifiers
- pemberi tenaga sewaktu penyingkiran lemak
- anti-oksida
- menurunkan paras kalori dan kolestrol
- mengawal kerosakan DNA
- mengubati leukimia (laporan dari Mayo Clinic)


Testimoni pengguna





 
 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Sunday, November 16, 2014

Cucur labu istimewa untuk bonda

Assalamualaikum semua!
Hai nie cerita pagi tadi buat cucur labu. Seingat saya tak pernah buat pon kalau cekodok pisang tu biasalah. Tapi selalunya cekodok saya tak menjadi...jadi lembik huhu. Sebab tu tak suka buat cekodok pisang.. kalau kentang ok jadi sedap..cewahhh puji diri plak dia ken.
Sebenarnya labu ada lebih buat sayur lemak aritu. Mak saya memang suka labu kalau ikut kitorang memang tak beli la labu nie. Saya suka tapi asben tak makan jadi malas nak beli..gitu.. kalau mengidam sangat makan dekat kedai jer hee.
Ok sebenarnya nak cerita pasal cucur labu je pon. Senang je uols.. rebus labu pastu lenyekkan campur tepung gandum. Agak2 la banyak mana tapi tak perlu banyak sangat nanti hilang pulak rasa labu. Sedikit garam dan air gaul sehingga sebati. Saya guna air kosong biasa je. Kata orang kalau nak bagi lembut elok guna air sejuk peti ais. Saya pulak kalau guna air sejuk peti ais tak jadi lembut lagi keras cucur tu adala..haa ikut la masing2 yer. Try n error!
Tapi kan cucur labu saya nie menjadi pulak..tak keras tak lembut sedang2 aje tau.. sedap plak tuh hahaha.. asben pon tak perasan tu labu dia pon ngap sekali ekeke.
Ok selamat mencuba! resepi cucur labu daripada saya untuk bonda :)

Cuci botol susu anak anda dengan Basic H2 selamat dan organik

Assalamualaikum semua dan salam ceria!

Baru-baru saya ada terbaca dekat facebook kawan mengadu botol susu anak dia berkerak susu. Masa tu dia datang amek anak dia dekat rumah pengasuh. Tengok2 botol susu berkerak seolah-olah cuci tak bersih. Luntur hatinya... sedih la kan bila pikir anak minum susu pakai botol tak bersih..susu ibu pulak tu.. susu ibu nie kan minyak dia boleh tahan jugak kan..kene cuci betul2 dan kalau boleh bilas dengan air panas.. baru rasa betul2 bersih dan selamat.

Dulu saya juga mengalami masalah yang sama. Botol susu simpan dekat rumah pengasuh cuma bagi puting baru bila puting lama dah koyak atau rosak. Memang kita tak kan tau keadaan botol susu tu macam mana. Ada satu hari tu tergerak hati nak mintak botol tu sebab niat nak tukar botol baru.. tengok puting botol tu diaaa geli wei! lepas kejadian tu konpem hari2 bawa balik botol tak berani nak tinggalkan lagi.. tu cerita pengasuh lama... pengasuh baru so far bersih botol susu depa nie.. alhamdulillah.

Semakin ramai ibu2 diluar sana yang peka dengan kebersihan botol susu anak. Jadi disini saya syorkan anda guna basic H2. Sebotol cuma rm44 tetapi kesannya saya suka. Biasanya saya akan rendamkan dulu beberapa minit botol tersebut. Barulah senang nak menyental kerak susu tu. Sebotol tahan antara 2 ke 3 bulan. Bergantung kepada cara penggunaan kita seharian. Saya suka juga cuci lantai guna basic H2.  Kesannya lantai bersih dan selamat kerana basic H2 tidak merbahaya dan tidak mengandungi bahan kimia sesuai dengan para ibu yang mempunyai anak kecil yang suka mengutip makanan yang tumpah ke lantai.

Selain itu saya suka guna basic H2 untuk cuci dapur gas dan sental singki. Perghh memang berkilat.. suka sangat tau! baru2 nie ada customer order sampai 4 botol basic H2 wahhh nak buat mandi ke? hehe... Apapun saya yakin semakin ramai para ibu diluar saya yang sedar penggunaan pencuci organik adalah yang terbaik dan selamat untuk seisi keluarga.

Nak try meh order sekarang!
Pm/call/msg/wassup 012 - 5417451

Saturday, November 15, 2014

Omega Guard Shaklee bantu para ibu kuruskan badan

Assalamualaikum semua!

Para ibu yang baru sahaja bersalin pasti agak risau bila berat badan tak turun2. Yer saya juga mengaku dulu masa bersalin kan anak  pertama badan susah nak turun. Waktu tu saya tak kenal shaklee lagi. Saya kenal shaklee semasa melahirkan anak kedua. Alhamdulillah berat badan mudah turun. Caranya... mesti la amek secara konsisten!

Jika kita amalkan secara konsisten Insha Allah pasti berjaya.. sehari hanya telan 2-3 biji dan lakukan senaman. Ini kerana senaman boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan. Alah buat kerja rumah pon dikira senaman juga. Asalkan keluar peluh. Tak gitu? Saya dekat rumah kejar ke dapur ke depan...ke dapur eh peluh jugak laa..

Jadi sempena promo omega guard bulan nie mai pakat borong sorang sebotol.. tak rugi sebenarnya. Ini kerana omega adalah minyak ikan tulen dan ianya bukan dari hati ikan.

Mak buyung yang baru peknen juga digalakkan sebabnya omega bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Ah banyak sangat khasiat omega nie kalau nak cerita.

Ok pm/call/whatsapp sekarang!

012-5417451

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Assalamualaikum semua!
Selamat berhari minggu.. saya tak keluar mana pon lepak dekat rumah sambil berehat sepuas-puasnya menikmati cuti weken katanya.
Jadi nak letak gambaq jalan-jalan cari makan pon tak ada... buhsan... last2 buh gambaq semalam... aci dak? heee
Semalam berlangsungnya sambutan Majlis perpisahan untuk YAA Dato ' Mukhyuddin Bin Ibrahim iaitu ketua jabatan saya yang bakal naik pangkat.  Tahniah Dato'! Semoga lebih cemerlang di masa akan datang hendaknya..
Saya terlibat dengan koir jabatan. Kira baru dua kali saya perform dengan dorang... cewahh perform ko! ayat nak macam retis...ko ado? kekekeke
Seronok n enjoy pula..biasa saya suka terlibat dengan sukan seperti netball tapi kali nie nak cuba nasib menyanyi pula hehe.
Oklah nak order shaklee roger me!
ila kamilah 012 - 5417451
bye

Friday, November 14, 2014

Mak Shaklee saya

Assalamualaikum semua!

Siang tadi berlangsung nya majlis perpisahan ketua jabatan saya. Jadi hari nie kitorang memang sangat sibuk dengan persiapan dan persembahan. Akceli saya join koir jabatan hehe. Macam lawak jer! tapi ini seriusss tau haha. Suara saya bukan sedap sangat pon boleh tahan lah kata orang...

Arinie jumpa mak shaklee saya. Memandangkan kitorang dalam satu jabatan wajiblah jumpa. Tanjat tau tengok mak semakin membesar..comel gitu tak sabar nak tunggu si kecil keluar.. eh saya plak yang over eksaited kenapa? haha.. ok kenapa saya panggil mak shaklee??? dalam shaklee apa yang bestnya kita ada mak, nenek, moyang, piut, miut haa gitu.


Mak Shaklee nie maksud dia upline saya. Saya anak so downline dia.. haa gitu!  seronok tau disamping ada mak betul (kandung) kita ada mak tambahan dalam shaklee. Seronok tau sebab dapat rapatkan ukhwah. Kalau ada anak2 ramai lagi syok wooo... ok nanti tu kita cerita kemudian pasal anak shaklee bagai..

Apapon saya hepi dengan mak saya :) Semoga kami sama2 berjaya mengejar cita2 kami dalam bidang ini.. Isha Allah...

Nak order shaklee boleh msg / call / whatsapp / telegram 012 - 5417451
#sayajualshaklee #shakleeshahalam #iluvshaklee #shakleeeffect

Garlic antibiotik yang selamat dan semulajadi

Assalamualaikum semua!

Hai semua bersiaran sedikit lewat kita hari nie. Maafkan saya kerana hari nie banyak sangat perkara suka duka yang terjadi.. nanti saya cerita di entry yang ke 2 yer :)
Ok sekarang saya nak cerita pasal Garlic. Jom baca sampai habis!

Apa itu Garlic?



Garlic dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.

Apa beza Shaklee?

Garlic dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% alicin aktif (tidak semua tablet garlic dipasaran mengandungi Alicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Oleh sebab itu tak delah rasa bau garlic jadi senang nak telan. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba iaitu rosemary dab spearmint. Ia mengandungi pelbagai vitamin e untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Apakah Manfaat Utama Garlic? 

- Mengandungi spearmint yang mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung. 

- Antibiotik yang selamat dan semulajadi.  Garlic merupakan antibiotik semulajadi, ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit seperti selesema, kuman, kulat, virus dan yis candida.

- Mempertingkatkan sistem penghadaman.   Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Ia juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

- Memoderatkan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

- Detoksifikasi. Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.  Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.

- Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

- Mencegah kanser, membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser (nitrosamine).

- Menstabilkan glukos. Menolong menstabilkan glukos didalam tubuh kita.

Garlic sangat sesuai dicadangkan kepada pesakit yang mempunyai radang dan alergi, pesakit kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di 012 - 5417451



Thursday, November 13, 2014

Tekanan ditempat kerja? Bagaimana cara mengatasi?

Assalammualaikum semua!

Sejak kebelakangan ini saya akui banyak tekanan daripada tempat kerja.. so saya pun gugel lah kan mana tau salah satunya dapat bantu saya atasi tekanan. Bukan apa bila dah tertekan tu rasa boring sangat... tak semangat macam2 lah kan...

Ok saya dapat artikel nie daripada sebuah blog... nak baca.. jom...

Credit to blog http://pmr.penerangan.gov.my


Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja

 

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. 

Ok itu sahaja selamat mencuba!!

 

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site